Assalamualaikum semua pembaca,
Gambar diatas ini ialah Phnom Penh sempat lagi aku snap sebelum landing di Hong Kong.
Kali ini kami pergi cuma bertiga sahaja (aku, kakak dan anak saudara), kami pergi secara DIY dan selama 4 hari 3 malam. Tujuan pergi ke Hong Kong ini sebenarnya nak tengok concert Kpop TREASURE di Arena Asia-World Expo, Hong Kong, tapi bak kata orang sambil menyelam minum air la sekali.
Kami menginap di Hotel Skycity Marriot, dekat dengan Airport dan juga bersebelahan Arena Asia-World Expo yang berjalan kaki hanya 5 minit sahaja.
Transportation pun sangatlah mudah, pihak hotel menyediakan bas dari Airport ke hotel secara percuma dan bas ke Station Tung Chung juga secara percuma bagi memudahkan pengunjung untuk ke destinasi perlancongan.
Hari Pertama (19/5/2023) - Masjid Ammar dan Osman, Hong Kong
Kami sampai di Hong Kong pada jam 1.30 petang, segala urusan imigresen dan mengambil luggage berjalan dengan sangat lancar. Tak ramai orang masuk ke Hong Kong masa kami sampai disini, tak ada la bersesak.
Terus kami ke terminal bas untuk ke hotel, airport transfer disediakan oleh hotel dan pergi ke lantai 3 untuk ke terminal tunggu di terminal no 11 atau 12. Di bas tersebut ada signboard Airport-Hotel Marriot. Kekerapan bas 15 minit sekali dari airport ke hotel perjalanannya mengambil masa 10 minit saja.
Setelah urusan check-in settle, aku bergegas pula ke Arena Asia-World Expo untuk mencetak tiket konsert nasib mudah saja hanya swap semula debit card yang kita gunakan semasa membeli online tiket tersebut dan tiket akan di cetak seperti kita beli tiket wayang di vending machine.
Destinasi pertama kami ialah ke Masjid Ammar Dan Osman Islamic Centre. Kami menaiki Airport express di Station Asia-World Expo.
Sebelum itu kita boleh beli card octopus di customer service, card ini boleh digunakan untuk menaiki MTR, bus dan membeli barangan di 7E. Harga card octopus ini HKD200 dan boleh refund semula jika kita tak habis gunakan dia Customer Service Airport.
Kami sampai di Masjid Ammar Dan Osman ini dalam jam 4.30 petang, disini juga ada kantin yang menjual makanan halal seperti dim sum, mee goreng, bihun goreng dan pelbagai masakan panas.
Harga makanan di Hong Kong ini memang mahal, boleh dikatakan harga di menu ini bermula dari HKD20. Mee goreng shanghai yang aku makan ini pun dah HKD45 tapi porsinya banyak boleh share makan untuk dua orang.
Kalau menaiki MTR, turun di Station Wan Chai hanya berjalan kaki 10 minit sahaja. Kami menaiki bas dari terminal bas berdekatan station Hong Kong dan turun di bus-stop Primary School St Joseph kemudian berjalan kaki ke Masjid Ammar dan Osman.
Setelah makan kami pun melihat sekitar bandar Hong Kong. Bandar Hong Kong ini bagi aku sama saja seperti Singapore dan Kuala Lumpur. Bandarnya taklah begitu sibuk biasa saja. Kemudahan pengangkutan pun senang dan banyak signboard untuk kita ke destinasi perlancongan.
Ini "Ding Ding" trams yang sudah berusia 119 tahun digunakan semenjak tahun 1904. Kami round di Central Hong Kong ini menggunakan tram ini, tak ada aircond buka tingkap angin pun sempoi-sempoi saja bertiup.
Kami pun dah letih kaki pun dah mintak rehat. Kami balik menaiki MTR dan turun di Station Asia-World Expo yang merupakan station terakhir. Perjalanan yang mengambil masa dalam 20 minit.
Hari Kedua (20/5/2023) - Avenue of Stars
Tunggu bas dari terminal bas airport ke Avenue of Stars.
Hari ini kami bersantai-santai sahaja berjalan ke Avenue of Stars, Hong Kong. Cuaca waktu ini sangatlah panas memang bermandi peluh, tambahan pula lokasinya di tepi laut memang terasa bahangnya.
Kami tak round sangat disini sebabkan tak tahan panas. Sekadar ambil gambar sekadar sahaja lepas tu terus masuk shopping complex dekat situ....ehehehe
Nasib baik kat sini banyak shopping complex senang nak cari tandas...
Tapak tangan artis dan director banyak disepanjang bahu jalan ini.
Pemandangan Hong Kong dari atas jejantas ke Avenue Stars, tengoklah panasnya cuaca sampai berjerebu.
Kami lunch di bilik hotel sahaja dengan bekalan kami bawak pek kembara. Sekejap sahaja kami round disini dan tak larat sebab cuaca panas sangat. Kami keluar semula waktu petang untuk ke konsert Treasure.
Malam balik dari konsert baru hari hujan. Konsert itu best ke tak? Tentulah best!!
Hari Ketiga (21/5/2023) - Disneyland Resort, Hong Kong
Disneyland, Hong Kong ini pun tak ramai sangat pengunjungnya. Kami sampai tak bersesak pun santai sahaja. Kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak hotel ke terminal Tung Chung untuk menaiki MTR ke Disneyland ini.
Menunggu MTR dari Station Sunny Bay ke Station Disneyland, 1 station saja pun.
Akhirnya sampai juga kami disini, Disneyland Resort.
Bagi aku kalau ke sini untuk peminat dan ootd okaylah. Park disini biasa-biasa saja tak semeriah USS or Everland. Bagi kanak-kanak memang sangat lah sesuai.
Mystic Manor
Disini kita akan dibawa tour ke dalam istana untuk mencari mystic, santai je dia bawak tours dan cerita satu persatu mystic dalam istana dalam ini.
Luar istana...
Iron Man Experience
Macam di USS ada Transformer di Disneyland ini ada Iron Man. Enjoy sajalah dibawa kita berlawan.
Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
Dalam ini seperti kampung comboy, ada penjara, lombong emas dan restoran.
Siapa yang berani tu bolehlah naik roller coaster, boleh tahan juga lajunya.
Inilah kawasan lombong emas itu.
Rumah tarzan...
Kami kat Disneyland ini half day sahaja, kalau nak tunggu sampai malam rasanya dah tak ada aktiviti.
Malam kami dinner di Hollywood Street menikmati hidangan Checky Bun.
Jenuh juga mendaki bukit nak ke Hollywood Street ini memang berpeluh ketiak... ehehehehe
Hari ke-empat (22/5/2023) - Kuala Lumpur
Check out hotel jam 12.00 tengahari. Flight kami Hong Kong - Kuala Lumpur jam 2.00 petang.
Alhamdullilah, penerbangan yang santai dan tenang, selamat mendarat jam 6.30 petang.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya