Subscribe Us

Things To Do In Penang : Rumah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

 Assalamualaikum,

Kalau kita ke Penang jangan lupa singgahlah sebentar ke rumah P. Ramlee. Seorang seniman yang berbakat besar dan terkenal di rantau Asia. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berkunjung dan melihat sejarah serba sikit tentang P. Ramlee.
Rumah P. Ramlee yang telah dibina semula oleh Arkib Negara
Masuk adalah percuma. Rugi rasanya kalau tidak berkunjung disini dan melihat sendiri khazanah disini. Dibawah ini adalah antara ruang yang ada didalam rumah P. Ramle, ruang dapur, bilik tidur dan meja kerja.



Ringkas saja rumah P. Ramlee ini kecil dan selesa. Dibawah rumah ada sampan dan basikal yang digunakan oleh P. Ramlee.
Nampak basikal ini teringat cerita Seniman Bujang Lapok. 3 orang naik satu basikal tak pancit plak tayar basikal tu.

Ini antara khazanah yang terdapat dalam galeri P. Ramlee. Disini kita boleh melihat alatan muzik dan kasut yang P. Ramlee gunakan untuk mencipta lagu dan mencari ilham.
Biola
Note

Kasut yang pernah dipakai P.Ramlee

Beg filem

Kisah Sekolah
Rumah P. Ramlee dan galerinya terletak bersebelahan sahaja. Tempat ini tak besar mana pun dalam 15 minit saja dah habis pusing. Terima kasih kepada Arkib Negara sebab berusaha untuk menyimpan khazanah seniman agong ini untuk tatapan generasi hadapan.

Catat Ulasan

0 Ulasan