Subscribe Us

Things To Do In Pahang : Rumah Rakit, D'Tebing Bedara, Kg Tok Langit, Bera

 Assalamualaikum,


Sekejap sahaja sudah masuk bulan November. Selamat Datang November. 


Kalau di luar negara sekarang ini adalah musim luruh. Bila musim luruh kita akan melihat merata tempat si merah maple yang cantik dan tidak ketinggalan juga si kuning ginkgo sentiasa menemani mata bila berada di bandar ataupun di kawasan pergunungan. 


Ahh... rindu datang lagi bila terkenang dan menyelak semula gambar-gambar bila berada di Kyoto. Dibawah ini gambar diambil di Kiyomizu-dera ketika musim luruh. Tengoklah pemandangan ciptaan Allah swt memang breathtaking view.




Okay kita tinggalkan dulu kenangan ketika musim luruh. 


Sekarang ini nak tanya korang ada plan tak nak bercuti ke Bera, Pahang hujung minggu atau plan akan datang? Tempat penginapan family ada yang sudah booking ke?



Aku cadangkan kalau masih lagi mencari, marilah berkunjung ke Rumah Rakit, D'Tebing Bedara di Kg Tok Langit Daerah Bera. Pada aku kepada yang suka memancing amatlah sesuai menginap di sini dan sesuai buat aktiviti keluarga juga. Di sini terdapat dua buah rumah rakit sahaja. Haaa... siapa cepat dia dapat ya!


Di sini juga ada kemudahan tandas awam dan restoran. Tetamu tak perlu risau perihal makanan. Di sini disediakan juga restoran dan tandas awam. Tetamu boleh sahaja naik ke restoran untuk menjamu selera dalam suasana kampung. Bagi budak bandar mesti seronok rasa experience macam ini. Teruja.


Ini jalan ke rumah rakit, kita kena turunlah ke sungai. Rumah rakit ini terapung di sungai ya.




Rumah rakit ini dibina diatas sungai Pahang. Bila melihat sungai yang mengalir ini rasa tenang saja hati. 


Ada dua buah rumah rakit:


(1)

Rumah Rakit ini boleh muat seramai 8 orang, ada aircond dan bathroom.


Masa naik titi itu mengigil juga kaki akak... ihiks



(2)

Rumah rakit ini besar dari rumah rakit no 1 tadi. Rumah rakit ini tak ada aircond tapi boleh muat seramai 12 orang.




Ini kemudahan yang disediakan dalam rumah rakit.


Jalan ke bilik rumah rakit.



Katil dan kipas disediakan.




Bilik mandi dalam rumah rakit.




Atas rumah rakit ruang untuk memancing.




Boleh melepak sambil tengok view sunset dan sunrise disini. Tak payah nak pergi jauh-jauh.





Tengoklah pemandangan sungai Pahang ini cantik dan tenang. Ini suasana sekitar jam 10.00 pagi, hari ini sangat cerah dan angin pun bertiup sempoi-sempoi bahasa.


Kalau nak bercuti ini kita kena buat plan awal-awal supaya tak adalah kita kelam kabut dan masih tercari-cari kat mana kita nak stay. Tapi disini tak ada la swimming pool, cuma ada river view sahaja...ahaks


Untuk makluman lanjut korang boleh lawat FB dtebingbedara


Salam ketenangan dari Rumah Rakit, D'Tebing Bidara, Bera.

Catat Ulasan

0 Ulasan