Assalamualaikum,
Bila emak terkena penyakit kayap, sejak seminggu ini menu dalam rumah sudah bertukar kepada yang rebus dan tanpa minyak mahupun santan. Kira emak sekarang kena berpantang makan dan orang dalam rumah pun terlibat sama. Tak kuasa akak nak masak lain-lain, makan saja apa yang ada.
Sejak balik dari D'Tebing Bedara, kami ada beli ikan patin. Selain di masak tempoyak ikan patin ini boleh juga dibuat singgang. Sedap juga. Menu ini ringkas dan mudah sahaja disediakan. Emak pun berselera juga makan masak singgang ini.
Nak tau resepinya, campak-campak lepas itu rebus. Mudahnya.
2 cawan air atau ikut suka masing-masing
Cili merah dipotong-potong
1 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam gelugor
Boleh dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan kalau ada serunding halia lagi sedap. Terliur air liur... weehhh.
Ini serunding halia buat penambah rasa bila makan. Bukan untuk orang berpantang sahaja, orang biasa-biasa pun boleh juga makan sedap....
Kalau berminat boleh contact kakak aku di FB serunding halia harga mur mur je...
Okay, selamat menjamu selera.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya