Assalamualaikum,
Awal pagi ini hujan renyai dan sekarang matahari sudah menampakkan sinarnya. Ohooo... semoga jemuran hari ini kering tidak seperti dua hari kelmarin dalam keadaan lembab... ihiks...
Sudah beberapa hari ini terkecoh-kecoh dengan urusan kerja yang tidak pernah habis walaupun hanya work at home tapi muka terasa sudah seperti zombie. Moga aku dapat lepasi saat 'getir' dengan kasih sayang Allah.
Dan pagi ini baru ada kesempatan untuk memasak sarapan (air tangan sendiri, cewah) dan duduk bersama emak tersayang sambil menjamah sarapan dengan penuh selera dan berbual kisah lama yang melucukan. Hish... bila dapat bersama dengan emak memang bagaikan mendapat satu terapi untuk menjalankan tugas dengan ceria.
Selepas sarapan dengan puri dan kuah kari, nasi goreng dan kopi tarik wonda, terus kita buru-buru buka laptop kerja. Marilah kita siapkan kerja yang tidak pernah habis ini, rasanya projek jambatan aku ini sudah hampir siapa. Tapi kenapa rasa masih banyak lagi yang perlu dicari dan digali...uwaaaa
Jangan esok kena rombak balik dan tak sudah-sudah lagi. Bagaikan sedang berperang dengan langit dan bumi umpama 'Tornado'. Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama aku dan dikurniakan ilham yang bernas.
Lewat dari meja tepi tingkap dan laptop.
*****
Aku nak kongsi cerita pasal Mamu Barista Auto Stirring Mug.
Sejak ada auto stirring mug yang friendly ini bertambah mudah kerja aku untuk menikmati kopi kegemaran dan mug ini sudah beberapa bulan setia menemani aku untuk menyiapkan pelbagai tugasan. Maklumlah aku kan pengguna tegar laptop.
Resepi Kopi Tarik Wonda dengan Auto Stirring Mug
Masukkan susu farm fresh (ikut suka hati korang nak banyak mana)
Masukkan 1 stick 3 in 1 kopi tarik wonda
Tuangkan air panas
Kemudian tekan butang auto stirring mug
Dah siap....
Cantik tak mug ini? Aku beli mug ini sebab aku rasa menarik bila nak bancuh air yang aku suka tapi aku tak pernah cuba lagi Mamu Barista Kopi. Mug ini hanya menggunakan 2 biji bateri AAA. Jangan cuba-cuba pulak nak charge guna USB ya... ahaks...
Kalau korang nak beli boleh klik MamuBarista
Harga Auto Stirring Mug ini RM40.00 sahaja.
Lewat dari kebun sepasu Aloevera.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya