Assalamualaikum,
Letak sini untuk simpan kenangan.
Sudah lama berlalu tapi baru hari ini nak coret sikit kisah aku di Majlis Konvokesyen sendiri.
MAJLIS KONVOKESYEN KE-81
3 DISEMBER 2014
DATC, SHAH ALAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
~Diploma in Public Administration~
terima skrol dari Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar |
Akhirnya setelah berhempas pulas selama 4 tahun
dapat juga aku memakai topi KOTAK tersebut.
#akunmpkgemuk...huwaaa :(#
Hari konvo ini tengok muka masing-masing semua gembira bersama keluarga masing-masing. Yang pergi menghantar jangan katalah ramai, untunglah siapa yang berniaga disini memang laku keraslah.
me and Aznida dan baby Elisa... sblm masuk dewan gift dari Sue Airus tu... |
Ini gambar kami amik sebelum konvo, buat photo shoot sikit tinggalkan kenangan sikit dengan sahabat-sahabat yang sama berjuang untuk mencari ilmu.
Tak tahu bila lagi dapat pakai robe dan naik pentas amik skroll...
Ini geng aku dari kami register semester 1 sampai kami habis graduate, yang tertinggal bas ada sorang dua jer tapi apapun kalian pun berjaya habiskan pengajian.
Anekdot:
Alhamdullilah... walaupun agak terlewat menunaikan hasrat kedua ibubapa, namun tercapai juga akhirnya berkat sokongan padu semua. Di hari konvo aku itu merupakan hari yang ke-100 arwah abah pergi buat selamanya. Al-fatihah buat arwah abah.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya