Subscribe Us

Homestay Di Osaka Dan Seoul

Assalamualaikum semua,

Hari ini ada dua cerita mengenai homestay yang pernah aku menginap iaitu di Osaka dan Seoul.

Homestay adalah perkara yang sangat penting bila kita hendak travel. Betul tak? Perkara pertama yang harus kita buat research sudah tentulah kita nak cari lokasi homestay yang berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam, tempat makan dan mudah untuk ke destinasi perlancongan yang menarik.

Alhamdullilah sepanjang aku travel kami semua diberi homestay yang selesa dan sesuai untuk family berkumpul dan melepaskan penat berjalan. Kalau kita explore di Osaka dan Seoul setiap hari kita akan berjalan lebih dari 30km. Jadi kekuatan kaki dan stamina mesti kena kuat dan buatlah preparation yang secukupnya seperti brisk walking atau aktiviti yang boleh menambahkan stamina supaya kita taklah keletihan bila kena berjalan lebih dari 30km itu. Fuh?

Disini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku tinggal di homestay yang aku menginap.

(i)

Ini kisah aku di Osaka. Kami di Osaka selama 6 hari 5 malam. Homestay ini berdekatan dengan Station Chinube, dua tingkat, mempunyai 5 bilik tidur dan setiap tingkat mempunyai bilik mandi. Kami di sini tinggal seramai 8 orang, bagi aku homestay ini sangat selesa walaupun saiz rumahnya comel sahaja.
Station Chibune

Ini jalan masuk ke homestay kami, jalan inilah kami ulang-alik untuk pergi berjalan dan balik rumah... ehehehe

Ini lorong untuk masuk ke rumah kami dan disini ada lagi tiga deretan rumah. Rumah kami di di deretan ketiga, suasana di kawasan rumah ini sunyi dan mengikut peraturan yang ditampal di rumah kami menginap ini memang sudah tertulis tak boleh buat bising kalau bising polis akan datang ketuk pintu rumah beri amaran. Eeeee tatutnya! 
Ini depan rumah di hujung itu jalan dan rumah orang lain pulak.
Masa ini nak ke Masjid Osaka, ambil gambar dulu depan rumah. Dari rumah ini nak ke Masjid Osaka walking distance je dalam 10 minit sudah sampai masjid.
Ini gambar tingkat bawah. Ini saja gambar yang aku ada untuk tatapan semua ruang dalam rumah ini lengkap macam duduk rumah di Malaysia saja.
Agak bersepah meja itu sebab banyak bekalan yang kami bawa dari Malaysia, maklumlah takut kebuluran dan tak serasi dengan makanan Jepun. 
Ini ke tingkat dua rumah ini. Tangganya Subanallah memang tegak gila, ngeri nak turun dan bila naik kena merangkak...hahaha Pintu tu ke roof top rumah untuk kami sidai baju lepas mencuci dengan mesin basuh yang tak ada pengering itu. Musim sejuk bila pagi-pagi nak sidai kain memang sejuknya sampai ke tulang sum-sum.

Aku suka kawasan ini sebab dekat dengan restoran halal pakistan dan Masjid Osaka dan bagi aku rumah ini bersih dan sangat selesa.

ps. Terima kasih kepada Farhan dari Japan Travel Crafters sebab uruskan semua perjalanan kami di Osaka ini.

(ii)

Ini cerita homestay kami di Seoul.

Homestay kami ini berdekatan dengan Hongdae. Kalau nak tengok street music, street dance memang sinilah tempatnya warga Korea Selatan menunjukkan bakat mereka masing-masing dan melatih mereka untuk lebih berkeyakinan buat persembahan di akhlak ramai nanti.

Di Seoul kami menyewa apartment di daerah Hongdae, kali ini kami pergi ke Seoul seramai 12 orang. Apartment ini ada 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi tapi di bilik mencuci pakaian pun boleh juga kalau nak mandi. So kalau sudah ramai itu bilik mandi tak boleh nak berlama-lamalah sebab kena gilir-gilir guna.

Ahjussi inilah driver kami untuk bawa kami melancong dan baik sangat orangnya. Sebenarnya susah juga nak cari apartment ini sesat jugalah nak mencari lokasinya. Nasib baik ahjussi ini mahir guna GPS... hahaha
Akhirnya sampai juga kami untuk check-in untuk melepaskan penat dan nak makan. Apartment ini di tingkat satu, setiap kali nak masuk pintu utama kena tekan passcode kalau siapa lupa passode tinggal kat bawah sampai ada orang lain yang nak masuk baru boleh naik sama-sama. Apartment ini tak ade lift kena naik tangga la weehh walaupun rumah kat tingkat satu sahaja.
Ini suasana ruang tamu apartment ini, masa ini tengah makan burger king untuk dinner dan bekalan yang kami bawak dari Malaysia. Suasana sejuk masa ini memang lapar sahaja dan penat jangan nak cakaplah sebab sudah berjalan lebih 30km setiap hari.

Rasa macam ada kenduri bila berkumpul macam ini memang seronok.
Aku tak ambil banyak gambar dalam apartment ini, kemudahan dalam apartment ini memang lengkap ada iron, dapur, peti ais dan lain-lain. Kawasan di sini pun selamat nak keluar ke Hongdae walking distance sahaja dan kalau nak cari jajan pun banyak pasaraya dan CU kat sekitar apartment.

ps. Terima kasih kepada Azila dari Salam Travel dan Amar dari krtourguidemy sebab uruskan semua perjalanan kami di Seoul ini.

Inilah pengalaman aku menginap di homestay di Jepun dan Korea semoga memberi manafaat kepada semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan