Penulis : Wawa Taufik
Terbitan : Wawa Taufik
Sinopsis :
Berpisah... namun tiada apa yang berubah.
Kasih sayang masih sama. Perasaan tetap serupa.
Mereka cuma perlu menunggu Tengku Maimun berubah fikiran.
Luth dan Nuh sudah ada bahagia sendiri. Hanya dia dan Syafik sahaja yang masih tarik-tolak.
Payah bila bonda cakap... “bonda ada target ada syarat bonda sendiri. Berjaya atau tidak Syafik mencapai target bonda, hanya bonda yang buat keputusan. Kalau berjaya, he will have you as his wife. Otherwise, just say bye bye to him.”
Amboi! Bonda ingat anak bonda ni hebat serba-serbi? Setakat buat nasi lemak yang Uzma ajar, tahulah. Lebih dari itu, anak bonda ini yang akan dibye-bye oleh Syafik.
Syafik selalu cakap... “I know that I’m not the most handsome, wealthy, fun and exciting...” Tapi baginya lelaki itu ada segalanya yang cukup buat dirinya.
Datanglah berapa ramai lelaki lainpun termasuk Amir... namun Syafik yakin... “but I do know that you will never find somebody that loves you like I do.”
Betul tu bonda!
Tolong jangan memilih sangat! Hasya cuma mahukan Syafik sahaja! Susah senang... masalah ujian...itu belakang kira.

My review :
Kena mengimbau dulu kisah LUTH baru dapat feeling..ahaksss...
Nama watak pun sangat sesuai dengan phase cerita pada waktu ini. Aku suka. Cerita yang sangat sederhana. Tiada konflik keras, atau kisah sang orang kaya yang melampau-lampau perinciannya. Apatah lagi penulisnya sudah punya aura tersendiri. Pastinya, kisah-kisah yang dilakarnya lebih menusuk hati.
Kisah Hasya-Syafik ni sangat mudah. Syafik yang berkerja dengan syarikat keluarga Hasya telah terjatuh hati saat pandang pertama pada anak majikannya sendiri. Tapi hasrat hati dipendam bila mendapat tentangan dari bonda Hasya yang mementingkan darjat. Bukan mudah untuk Syafik berlagak keras dan memiliki Hasya, sedangkan hati dah berbunga-bunga cinta.
Namun takdir mengubah segalanya. Syafik mula mengorak langkah, tapi hakikatnya tak mudah mahu mencairkan hati bonda sang gadis pujaan. Pelbagai cara diatur, akhirnya mengalah juga bonda Hasya dengan Syafik. Yalah, bukan main bersungguh lagi si Syafik ni.
Tetiba terselit juga nama ku dalam citer ini dan pasangan sejoli ini boleh duduk kat cheras dah sama tempat tinggal tu..hahaha..oppsstt!
Tapi dalam diam, ada juga si pengganggu. Apa yang akan terjadi pada pasangan sejoli ini? Mampukah mereka kekal bersama? Haaa... sila baca untuk tahu kisah penamatnya. Jangan risau, happy ending pastinya.
Hasya yang nampak keras
Hasya yang jelas dan jujur apa adanya
Hasya yang sangat manis dan menawan
Hasya yang suka bermanja
Hanya Syafik saja yang boleh rasa
Syafik yang penyayang
Syafik yang penuh dengan bunga-bunga cinta
Syafik yang suka mengusik
Syafik yang angau dan hanya
Hasya saja sentiasa dihati

Berapa bintang:
~***1/2 (Happy reading!)
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya