Penulis : Sophilea
Terbitan : Sophilea (Special Edition)
Sinopsis:
Cinta Ariana untuk habibnya seluas lautan biru namun pada Mukhriz kasihnya pada Ariana tiada sempadan.
Kerana tugas Ariana dan Mukhriz terpisah.
Namun rindu di jiwa tidak pernah surut. Kata Ariana:
"Biar pun habib jauh di mata Arin tapi habib tak pernah berganjak walau seinci dari jiwa Arin." Indahnya menyulam cinta yang halal walau jarak memisahkan mereka.
Kata Mukhriz;
"Tak ada wanita lain yang ada dalam hati habib kecualia Ariana Dahlia." Namun qada dan qadar Allah tiada siapa yang tahu.
"Kalau Arin jadi bunga habib nak buka kedai bungakan. Kalau Arin jadi permata habib nak tak jadi cincinnya?" Gedik Ariana masih sama.
"Kalau Arin jadi permata habib lagi suka. Habib jual boleh jadi kaya raya."
"Habib!!" Perkahwinan itu indah bila kita bertunjangkan kasih sayang dan cinta. Tapi mampukah cinta itu menjadi satu pengorbanan yang besar buat Ariana Dahlia?
"Hidup ini satu perjudian Arin. Belum tentu kita bahagia selamanya." Kata Luqman Harith. Bagi Cempaka Elina dan Doktor Luqman Harith, cinta di jiwa mereka sudah menjadi pohon yang rendang, berbunga dan semakin teguh berdiri di atas tanah kasih sayang.
"Bukan Ustaz Mukhriz je yang romantik. Habib Cempaka ni pun boleh je bertukar dari hati batu ke suami yang paling loving. Nah untuk dia yang terindah."
Bila ada fitnah melanda rumahtangga Luqman dan Cempaka menjadi taruhan. Kuatkah Cempaka terus memegang tangan Luqman andai yang datang bukan sekadar ribut dan taufan?
"Cempaka cuma wanita biasa yang mudah tersinggung. Maafkan Cempaka, abang."
Jiwa itu tidak pernah menipu, hati itu tak akan berkata palsu. Cinta Ariana kepada habibnya seteguh cinta Luqman kepada zaujahnya meski pun badainya mampu saja karamkan mereka.
"Kerana Dia yang terindah dalam hidup ku."

My Review :
Ini sequel terbaru dari Sophilea untuk cerita Anugerah Terindah dan Nota Buat Cempaka. 2 Cerita Jadi 1. Aku ingat dalam novel ini cerita diasing-asingkan, Cerita 1 dan Cerita 2 tapi rupanya penulis combine dan link kan jer sekali kedua-dua cerita tau...memang kena baca ya... Ada sedikit kesilapan dalam ejaan dan watak, boleh diimprovekan lagi kualitinya di masa hadapan.
Bagi aku sequel ini bukan hanya kisah cinta. Tapi kisah realiti kehidupan tentang nilai semangat berjuang, Qada & Qadar, kepercayaan dan ada banyak kisah yang terjadi secara tiba-tiba diluar dugaan para pembaca. Namun secara keseluruhan, kesinambungan cerita dari satu watak yang ditampilkan dengan watak lain di bahagian lainnya, masih tetap menjadi satu ciri khas dari karya-karya Sophilea, yang mampu mengusik perasaan para pembacanya. Keromantisan pasangan suami isteri dimunculkan melebihi apa yang pernah muncul di kedua-dua novel yang lalu.
Semoga kisah ini kembali menjadi satu jalan kebangkitan dan semangat untuk kita bertakawal dan berserah hanya kepada Allah swt. Aamiin yaa Robbal’alamiin …
Hmmm... nak start yang mana dulu eh... aku nak buat secara berasingan setiap kisah tu... ihiks... Okay, tak payahlah nak baling-baling dadu kita start dengan Anugerah Terindah and next Nota Buat Cempaka..
******
Ini kisah Ariana Dahlia dan Syed Mukhriz Al-Attas...
Hidup memang mengharuskan kita untuk sentiasa berjuang dan berkorban. Berjuang kerana hidup ini tidaklah mudah. Berkorban kerana takdir tidak selamanya sesuai dengan harapan kita. Inilah salah satu pesan yang hendak disampaikan pada sequel kali ini dalam kisah hidup Dr. Ariana Dahlia dan Kapten Ustaz Muhkriz. Takdir Allah mempertemukan mereka semula dan membawanya mengenal keindahan cinta. Bagi Ariana, dia percaya Mukhriz yang memiliki keilmuan dan keikhlasan luar biasa itu dapat membimbing dia untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Tengoklah segala nasihat yang disampaikan oleh Mukhriz pasti terus menusuk dalam hati Ariana.
Dalam sequel ini, kisah tentang Ariana yang berjuang fizikal dan mental diatas kehilangan Mukhriz dalam operasi di Sabah. Tapi sikap Ariana yang sentiasa positif dan hasil didikan Mukhriz, Ariana jadikan azimat untuk meneruskan kehidupannya dan Ariana juga bernasib baik kerana dikelilingi oleh keluarga dan sahabat yang sentiasa memberi semangat kepadanya untuk terus move on untuk hidup. Dalam sequel ini, watak-watak dalam Anugerah Terindah dan Nota Buat Cempaka mestilah muncul kembali untuk mewarnai cerita ini dan membawa pembaca ke dunia yang pelbagai dugaan keatas Mukhriz mahupun Ariana.
Untuk kisah Ariana dan Mukhriz ada cerita manis, sedih dan kasih sayang untuk pembaca...
Ini kisah Luqman Harith Dan Cempaka Elina...
Kisah cemburu, prasangka dan salah faham seorang isteri. Kisah Cempaka masih lagi tak yakin dengan cinta dan kasih sayang Luqman Harith. Salahkah Cempaka yang cemburu, atau salah Luqman yang berselingkuh? Salahkah jika Cempaka cemburu kepada Dr. Ariana Dahlia dan Naila? Salahkah jika Cempaka cemburu pada sikap Luqman Harith yang selalu bercerita dan selalu dekat dengan Ariana atau Naila?
Cemburu, benarkah tanda cinta? Cemburu, bisakah dihindari? Lalu bagaimana seorang isteri boleh mengerti jika cemburu yang dirasakannya hanya sebuah prasangka? Jika terus cemburu menjadi keharusan, atau bahkan wajib sebab cemburu kita, boleh jadi juga merupakan cemburu-Nya? Bagaimana Cempaka harus menghadapi dugaan ini.
Meh kita tengok berasaskah cemburu Cempaka itu. Atau memang emosi seorang bakal ibu begitu? Bagi aku Cempaka wajib buat catatan dalam diari setiap kes cemburu dia itu. Penting untuk menata hati dia sendiri agar tidak cepat emosi kerena cemburu, kemudian melakukan hal-hal yang boleh menjauhkan sakinah dari keluarga. Catatan dalam diari itu boleh suruh si Luqman Harith baca dan jadikan panduan agar piawai menjaga perasaan isteri lebih berganda-ganda, karena ternyata banyak hal yang menjadi sumber cemburu yang tidak terpikir oleh sebahagian para suamikannn... Tapi cemburu itu juga boleh menjadi perikat cinta dan badai rumahtangga boleh diatasi. Agar sakinah bersama, kembali menjadi warna. Betul tak?
Walaubagaimanapun, akhirnya kedua-dua cerita ini mestilah happy ending... Tapi kali ini dalam keadaan tenang dan tenteram...
Dekat 2-3 helai nak habis novel, rasa sedih pulak nak tinggalkan dorang ini... ahahaha
Bintang:
***/5 (syiok... 2 hari dah abis)
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya