Subscribe Us

Cuci Kain Dan Baking Soda

Assalamualaikum, 


Sejak aku work at home, aku sudah jatuh hati untuk buat kerja-kerja surirumah tangga sepenuh masa. Kalau seharian sudah mengadap laptop memang terasa urat dalam badan menjerit mintak tolong. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.


Salah satu cara aku nak hilangkan stress, aku cuci kain, sidai kain dan lipat kain. Maknanya apa berkaitan dengan kain aku buat, buat dengan penuh rasa kasih sayang dan gembira. Eh! buat kerja mencuci ini satu exercise juga ya... exercise fizikal, mental dan rohaniah....ihiksss 


Mari aku nak share sikit tips mencuci kain guna BAKING SODA. Sejak dulu lagi aku tahu baking soda ini digunakan untuk buat biskut dan kuih muih sahaja, tapi rupanya ada lagi kegunaannya selain pada makanan.


Ini dia baking soda (beli kat Tesco jer) dan sabun kain yang aku guna dari brand Dynamo (hakak bukan nak promote ya) yang sudah siap ada softener downy. Dynamo ini memang wangi penutupnya pun unik tau macam botol dakwat pen. Sesaper yang kreatif aku rasa dorang suka penutup Dynamo ini... ehehee 



Bila Dynamo with Downy, baking soda dan Daia softener ini digabungkan memang meletops wangi dan bersihnya kain cucian korang. Pasti puashati. TITIK. Bagi aku bila dapat hasil yang bagus automatik menjadi terapi buat kita dan bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja mencuci ini. Jadikanlah rajin mencuci itu satu amalan dalam kehidupan kita, gerenti hidup kita pun bahagia dan ceria. 




Walaupun dalam Dynamo ini sudah ada softener tapi aku masih lagi juga letak softener lain untuk mengwangikan lagi kain yang cuci. Kali ini aku berpuashati dengan brand Daia Refreshing Nature yang wanginya Masyallah memang best (sekali lagi hakak tak promote produk ya)


Baking soda ini banyak kegunaanya, antaranya boleh menghilangkan bau hapak, cuci mesin basuh, melembutkan kain dan mencerahkan warna baju kita. Aku sudah cuba memang betul pun. Aku dapat tips ini bila aku menonton channel youtube dari korea iaitu Hamimommy bagi aku rutin hidupnya sangatlah best dan sederhana. Banyak tips penjagaan rumah dan kehidupan harian yang dia terapkan. Seronok aku tengok cara dia menguruskan rumah dan memasak. Hamimommy ini betul-betul satu channel yang buat orang ter'inspirasi'.


Okay sampai di sini dulu. Jika ada waktu lapang, kita kongsi lagi cerita. Selamat berhujung minggu semua.


Semoga di hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW ini dapat menyuntik semangat sakti kita untuk mencapai 70,000 selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW bagi meraih syafaat Rasulullah SAW di sana nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan