Subscribe Us

Vaksin Untuk Covid 19

Assalamualaikum,

Sudah lama tak bersihkan debu disini....ehehehe

Bila semangat nak menulis itu merundum memang takde maknanya idea nak menulis tu nak sampai dengan lancarnya. Hari ini tiber ada mood nak menulis sikit pasal vaksin.

Apa itu vaksin?

Vaksin ini kalau korang nak tahu vaksin ini mengandungi antigen yang berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.(Sumber)

Bila kita sudah menerima vaksin kira badan kita kuatlah untuk menentang jangkitan penyakit. Insya Allah. Kita usaha sahaja tapi Allah swt yang lebih berkuasakan.

Apakah itu vaksin Covid-19?

Vaksin Covid-19 merangsang sistem imum supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-Cov-2 (severe acute respiratory syndrome coranavirus 2), badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19. Pelbagai platform seperti jujukan genetik RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan anda perlindungan terbaik terhadap Covid-19. (Submer)

Di Malaysia ini terdapat empat jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac-Coronavac, AstraZeneca dan Sinopharm-Covilo. Vaksin ini kita tak boleh pilih nasiblah apa yang pusat vaksin itu bekalkan itulah yang korang akan dapat.

Alhamdullilah, aku juga sudah lengkap 2 dos divaksinkan. Ada juga dengar citer kena dos ketiga? Entahlah kita tunggu saja beritanya nanti. Aku dapat vaksin jenis SINOVAC di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Oh ya! vaksin di Malaysia ini free sahaja hanya perlu mendaftar di MySejahtera dan seterusnya diberikan tarikh temujanji untuk divaksi. Mudahkan. Bagi aku tak ada pula side effect bila ambil Sinovac ini. Tak ada demam dan sakit-sakit badan, cuma mengantuk sahaja selepas diberi suntikan. 

Banyak juga aku dengar cerita pasal vaksin ini. Ada yang nak ambil ada juga yang tak mahu ambil vaksin ini. Bagi aku terpulanglah kepada diri masing-masing nak ambil ke tidak, tepuk dada sendiri tanyalah diri sendiri samada nak ambil atau terpaksa kena ambil... ehehehe 

Kerajaan di Malaysia sudah tentu nak semua rakyatnya divaksinkan sebagai usaha kerajaan untuk menyelamatkan nyawa semua rakyat dalam tempoh secepat yang mungkin. Kalau kita tonton televisen itu setiap hari dan masa citer pasal vaksin Covid-19 saja sampai naik bosanlah nak dengar dan tengok.

Lindung Diri,
Lindung Semua

Selamat bervaksin kepada rakyat Malaysia semua! Semoga Covid 19 berlalu dengan segera dan kita dapat menjalani kehidupan dalam norma baru yang lebih baik lagi. Adios!

Catat Ulasan

0 Ulasan