Subscribe Us

Zikir Dipermudahkan Urusan Oleh Allah swt

Assalamualaikum,

Hari ini 18 Ramadhan 1442, sekejap sahaja kita sudah sampai fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan ini. Buka FB terlihat perkongsian dari Ustazh Asma' Harun tentang zikir Asmaul Husna bagi dipermudahkan segala urusan.

Aku rasa memang satu perkongsian yang sangat diperlukan untuk kita pada zaman kini, kerana kita sentiasa disibukkan oleh tugasan kerja yang tiada batas waktunya. Sejak PKP ini bekerja di rumah aku rasa lebih banyak kerja dari duduk di pejabat, sampai habis waktu bekerja pun masih lagi kena attend zoom meeting. Rasanya tangan pun nak kena ada lapan (8). Huh?

Tapi apa-apa pun bersyukur juga kerja dirumah ini banyak juga kemudahan yang dapat macam tak payah nak bangun awal pagi untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya, nak gosok baju dan tudung dan paling penting dapat sentiasa jaga mak aku... ehehehehe

Disini aku kongsikan apa yang Ustazah Asma' Harun kongsikan iaitu cara berzikir dan doa Ya Bariq semoga memberi manafaat kepada semua. Selamat beramal!

Dibaca 40 kali selepas solat subuh
"Allahumma Ya Bariq, Ya Bariq, Ya Bariq...." 

Ditutup dengan doa ini
"Ya Allah aku serahkan hidupku, anak-anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan olehMu Ya Allah, untuk diuruskan olehMu Ya Allah"

Anekdot:

Nak berbuka apa hari ini ya?

Catat Ulasan

0 Ulasan