Subscribe Us

Rahsia Andrea by Dhiaz Diandra

Assalamualaikum,

Mood nak mengali semula mood membaca di bulan ramadhan. Cerita ini sudah lama TAMAT aku baca baru nak letak review disini. 

Sinopsis:

Selepas melarikan diri daripada kongkongan hidup ketika berumur 18 tahun, Maya telah menjadi jurufoto terkenal di Berlin. Ayahnya menetap di Mekah selepas dihalau oleh Dhowi kerana menyangka Maya telah mati dalam rusuhan di Kota Berlin.

“You tahu kan I sayang you.”

Dia diam. Angannya pecah.

“Kenapa tak runtuhkan tembok dalam hati you tu Maya. I dah boleh terima you seadanya.”
Khayalan semalam, memperdaya kenyataan hidupnya hari ini.

My Review:

Novel kali ini istimewa sikit, novel ini merupakan pemenang utama pertandingan manuskrip terbaik ‘Writers Unleashed’ anjuran My Creative Ventures Sdn Bhd. Tahniah ya Dhiaz Diandra!. Mula mengenalinya melalui novel pertamanya bertajuk Kristal Kristal dan ini merupakan novel kedua Dhiaz Diandra yang aku senangi.

Bila baca novel ini ada rasa nostalgia bagi aku. Hahaha. Macam dulu-dulu, masa baca buku keluaran Alaf21/Creative Enterprise, yang suka kongsi banyak info daripada perbualan. Bagi yang dah biasa dengan penulisan sebegini, mungkin takkan ada masalah untuk menghadamkan naskhah ini. Bukan apa, takut ada yang tak biasa sebab tak ramai rasanya penulis yang suka beri perincian sampai kita boleh bayangkan keadaan atau tempat yang diceritakan itu. Aku rasa dulu salah seorang penulis yang suka bagi perincian ini adalah Siti Hazneza.

Begitu juga dengan adab yang cukup dijaga dalam Rahsia Andrea. Penulisnya tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam menggambarkan isi rumah tangganya. Kalau ikutkan, premisnya mudah saja. Ringkas dan tak memeningkan kepala. Kisah yang digambarkan tentang mensyukuri dan menikmati erti kesepian, kehilangan. Pada saatnya kita memang harus sendiri.

Novel ini tidak sekadar menceritakan bagaimana suka duka seorang ayah membesarkan anak semata-mata, seorang diri dan gambaran cinta seorang ayah terhadap anaknya namun novel ini juga kaya dengan muatan-muatan ensiklopedia tentang banyak hal yang membuat pembaca terbuka wawasannya baik secara filosofi maupun pengetahuan. Dan juga mengambarkan jiwa remaja yang bergolak ingin bebas mencapai cita-cita yang dihalang.

Yang pasti kisah dalam novel ini membuat kita memahami akan erti kesendirian, kesetiaan, hubungan antara ayah dan anak, pengorbanan, perjuangan hidup, kewujudan hubungan roh dan cinta ayah yang tak akan pernah berakhir pada anaknya. Dan muatan ensiklopedianya membuat novel ini menjadi novel yang memberi banyak pengetahuan kepada pembaca.

“Sungguh – Bahagia itu kita cari, bukan tunggu...”

Dan akhir kata, seperti yang diungkap penulis, kita ada pilihan untuk menentukan apa yang kita mahu. Sama seperti Maya yang memilih untuk bahagia dan melepaskan apa yang sudah terjadi

Anekdot:
Jazakallahu Khairan... kiriman novel dan bookmark yg sgt comel tu :)

15 Ramadhan 1442

Catat Ulasan

0 Ulasan