Subscribe Us

I'm not a MONSTER by Sara Aisha

 Assalamualaikum,

Cerita ini dulu aku baca melalui blog penulis sendiri. Jenuh tunggu nak baca episode seterusnya, akhirnya sudah ada versi cetak dan boleh tahan tebal juga tu ada dalam 662 mukasurat.
Sinopsis

“I would stand in the shadows of your heart, and tell you I’m not afraid of your dark.” – Andrea Gibson

Dia… Ryu

Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu berkata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang-temulang sang lawan.

Dia… Maya

Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa.

Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila.

“Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini.” – Maya
“Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?” – Ryu

Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri?

“Jangan mati depan aku.” – Ryu
“Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau.” – Maya

Keputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah!

“Everyone has a monster within.” – Arjuna Kaede

Chit Chat

Sudah lama mood membaca hilang, semalam masuk ke popular terus amik novel ini. Sampai anak buah aku pun tegur dah baca novel balik? ehehehe Semoga mood membaca kembali lagi di bulan ramadhan ini.  Aku suka cerita dari Sara Aisha ini sebab jalan ceritanya yang misteri dan thriller. Suka sangat.

Ryu dan Maya ini juga ada cameo dalam cerita Salju Kyoto bersama Arjuna Kaede dan Naila. Tak sabar nak baca cerita Ryu dan Maya ini pula.

Nak review masih dalam proses membaca, tapi aku yakin ceritanya pasti tak mengecewakan seperti hasil novelnya yang lain.

16 Ramadhan 1442

Catat Ulasan

0 Ulasan