Subscribe Us

Things To Do In Seoul : Namsan Tower, Padlock Bridge, Gwangjang Market Dan Namsangol Hanok Village

Assalamualaikum,

Anyeong haseyo 🌺

Kali ini aku nak bawa korang ke tempat menarik di Seoul. Ada tiga cerita. Namsan Tower dan Padlock Bridge yang terkenal dengan kunci yang berwarna-warni untuk mengunci kasih sayang secara simbolik bagi pasangan kekasih dan keluarga. Gwangjang Market tempat murah untuk membeli belah bagi orang dari Malaysia sudah tentu tahu tempat ini. Namsangol Hanok Village sebuah perkampungan traditional.

(i) 
Namsan Tower dan Padlock Bridge
Antara tempat yang wajib sampai bila kita berada di Seoul.
'Love Lock'
Jika anda ingin ke Namsan Tower dan Padlock Bridge ini ada tiga cara untuk sampai di atas bukit Namsan ini.

(i) Cable car; 
(ii) Trekking di trek yang disediakan; 
(iii) Bas

Mari kita jelajah ke Namsan Tower yang juga dikenali juga dengan nama N Seoul Tower. Namsan Tower ini merupakan simbol ikonik dan juga merupakan sebuah pemancar radio di Seoul. 
Love is...
Antara tempat spot bergambar...
Tempat ini sangat ramai pengunjungnya baik bagi pasangan kekasih dan keluarga. Pasangan kekasih dan ibu bapa bersama anak-anak yang mengunjungi menara ini akan membawa sebuah gembok (padlock) untuk mengunci gembok mereka sendiri di pagar sebagai simbolik cinta, kasih sayang dan keharmonian keluarga dan pasangan kekal selamanya. Setelah memasang gembok, anak kuncinya dibuang dengan harapan tidak akan ada perpisahan. Emmm entah betul ke tidak ya! 
Pagar ini dipanggil 'Padlock Bridge', 'Love Lock' disini sangatlah berwarna-warni menambahkan lagi getaran yang mempesonakan. 
Pemandangan di atas bukit Namsan Tower ini kita boleh melihat seluruh bandar Seoul dan bila berkunjung pada musim luruh terasa angin dingin yang bertiup membuatkan udara semakin nyaman dan turut memberi mood yang mendamaikan. Bagi Instagrammable lokasi ini memang salah satu spot yang cantik untuk merakamkan foto.
Ada kincir angin maklumlah atas bukit...
Sebelum itu makan desert dulu dengan aiskrim dan churos...yummy!
Strawberi bertemu Mango, saranghae 💕
Terima kasih kepada kdrama yang selalu mempromosikan tempat ini sehingga ramai yang teruja untuk berkunjung ke sini. Antara kdrama yang pernah membuat pengambaran disini ialah True Beauty (Lee Suho 💖 Im Ju-hyung)
Setelah selesai mengambil foto disini kami semua turun dengan menaiki bas ke bus stop dibawah bukit Namsan untuk ke Gwangjang Market.

(ii)
Gwangjang Market

Merupakan tempat terkenal bagi yang kaki shopping dan tempat street food bagi orang Korea.

Turun sahaja bas dari Namsan Tower terus ke bus stop seterusnya. Untuk ke Gwangjang Market kami menaik bas.

1. No. bas 143
2. Turun di station Gwangjang Market - dalam bas itu siap ada operator yang akan memberitahu setiap lokasi perhentian.
3.  Tambang KRW1500

Gwangjang market tak jauh dari Namsan Tower, bolehlah bershopping disini kalau sudah turun dari Namsan Tower.

Gwangjang market ini dibina pada tahun 1905, merupakan pasar yang tertua di Seoul ini. Gwangjang market ini sudah berusia lebih dari 50 tahun dan sudah melihat pelbagai perubahan melewati banyak generasi. Pasar ini tetap tidak berubah masih mengekalkan pasar tradisi, tapi aku respek tandas disini walaupun bangunan lama tapi bersih.

Di pasar ini terdapat beberapa bahagian;

(i) pasar menjual sayur-sayuran
(ii) menjual pakaian
(iii) menjual cenderahati
(iv) menjual makanan street food

Kami disini sempat juga bershopping kain pasang dan cenderahati. Kain pasang di Gwangjang market ini jenis cotton lembut yang harganya dari KRW10,000 (lebih kurang RM30), bidang 60' dan dijual semuanya 4 meter untuk sepasang. Bagi aku berbaloi dengan harganya. Dideretan kedai kain ini ramai orang Malaysia tengah shopping, sempat juga kami bertegur sapa dengan dorang. 
Disini juga ada menjual Hanbok ready made yang pelbagai warna, design dan coraknya cantik dan mempesonakn. Tidak ketinggalan juga pelbagai pilihan apron dan cadar patchwork yang murah. Gila! kalau tak fikir pasal berat beg kat airport sudah lama borong.

Perempuan kalau shopping memang semua nak beli, so stop dulu disini kisah bershopping. Oh ya, disini juga cenderahati banyak pilihan dan murah.

(iii)
Namsangol Hanok Village
Kali ini kami tidak ke Bukchon Hanok Village, dengar beritanya ditutup buat sementara waktu sebab ramai pelancong yang berkunjung disitu membuat bising dan tidak berdisiplin ini tidak disenangi oleh penduduk Bukchon Hanok. 

Jadi marilah kita ke perkampungan tradisional di Namsangol Hanok Village yang tak kurang menariknya. Rasanya lebih aman disini kerana Namsangol Hanok Village ini dibina untuk pelancong melihat kampung tradisi Korea. Di kampung kebudayaan ini kita boleh melihat berbagai aktiviti budaya Korea seperti tarian, permainan dan sebagainya. 
Seperti kita berada di pinggir bandar Korea bukan di Seoul yang moden.
Terdapat tempat memasak dan tempat kena hukum bagi pesalah (zaman dulu lah).
Pelancong pun boleh jadi pemain terbaik permainan tradisi Korea!
Setelah selesai beraktiviti di kampung ini kami ke Myeodong untuk bershopping... uhuhuhu
Sempat juga kami singgah di Line Friends untuk melihat koleksi BT21.
Banyak koleksi BT21 kat sini semuanya comel-comel.
Lepas itu kami lunch di Restoran Kampungku, sedap makanan disini.
Antara menu yang kami pilih, selamat menjamu selera semua.
Annyeong!

Catat Ulasan

0 Ulasan