Assalamualaikum,
Sekiranya sudah sampai di Korea, tempat yang mesti kita kunjungi ialah Everland. Tak kiralah tua atau muda tempat ini sesuai sahaja. Habiskanlah sepanjang hari disini sebab Everland ini besar dan boleh sesat kalau tak cam landmark... ehehehe. Everland ini merupakan salah satu taman hiburan yang terbaik di Asia. Jadi marilah kita beli tiket masuk ke Everland dan nikmati apa yang ada disini dengan santai. Pada setiap bulan Everland ini akan berubah wajah mengikut perayaan. Masa kami di sini Everland bertemakan Halloween.
Welcome to Everland!
Berjalan di musim luruh ini memang best, walaupun matahari ada tapi udara nyaman ini membuatkan kita tidak terlalu letih untuk explore Everland ini. Ini ialah Magic Tree tempat spot untuk bergambar, ramai orang beratur nak ambil gambar di pokok ini tengok sahaja hiasanya bertemakan Halloween. Cantik.
Magic Tree |
Tips kalau sampai disini kena sampai sebelum pintu pagar dibuka sebab orang ramai itu. Bukan saja pelancong dari seluruh dunia rombongan sekolah dari penduduk tempatan pun amatlah ramai. Bila pintu pagar terbuka saja rombongan sekolah terus berlari pecut masuk risau juga tengok bila budak-budak itu berlari kelam kabut, takut jatuh tak hairanlah di Korea wujud variety show Running Man!
(i)
T-Express
Ride yang mencabar di Everland ini adalah roller coaster T Express. T Express adalah roller coaster kayu pertama di Korea dan juga merupakan keajaiban kejuruteraan coaster kayu moden. Direka untuk membangkitkan landasan gunung Jungfrau di Pegunungan Alpen, ketinggian 56 m (184 kaki) meletakkannya dalam tali dasi 2 arah dengan coaster kayu Wildfire di Sweden untuk pelapis kayu aktif tertinggi di planet ini (sources). Bagi aku ramai yang berani naik roller coaster ini sebab aku tengok beratur agak panjang juga bagi pengunjung untuk mencuba. Memang darah srikadi betul dorang ini.
Berani bergambar sahaja di pintu masuk T Express.
Kami tak naik pun tatut...ehehehe marilah kita ke tempat lain pulak. Kalau nak solat berdekatan dengan T Express ini ada surau tapi berkongsi dengan lelaki tempatnya kecil sahaja. Bagi wanita baik ambil wuduk dahulu lebih mudah. Korang akan jumpa pintu hijau ini.
Prayer room Everland |
(ii)
Zone Zootopia - Lost Valley, Safari World, Panda World
Taman tema Everland ini dilengkapi dengan zoo. Setakat ini taman tema yang aku pernah sampai di Everland ini saja yang mempunyai zone zoo. Kami sempat masuk Safari World sahaja zone lain tidak berkesempatan terlalu ramai pengunjung yang berbaris dan mengambil masa yang lama lebih dari 1 jam. Di Safari World kita akan dibawa menaiki bas dan kita berpeluang mendekatkan diri dan hidup bersama haiwan liar di Safari World! Antara binatang yang ada disini ialah singa, harimau dan juga beruang, kita boleh menghulurkan makanan untuk memberi makan kepada beruang. Besar tau beruang itu setinggi bas.
Menunggu giliran menaiki bas.
Dalam bas nak tengok beruang.
Harimau putih tengah melepak sambil melambai kami dalam bas.
Ini beruang real bukan teddy bear. Berdebar dalam bas tengok beruang ini bangun tinggi dan besar tu.
(iii)
Amazon Express
Kalau kita di USS ada Jurasic Park, di Everland kita ada Amazon Express yang konsep dia sama sahaja naik bot dan kita dibawa melihat suasana amazon. Terasa percikan air yang sejuk di sepanjang laluan air sepanjang 580 meter menambahkan lagi keseronokan kita untuk mencuba. Jaga-jaga jangan sampai basah baju sejuk tu.
Macam biasa beratur lagi.
Inilah bot yang kami nak naik itu. Siap sedia jangan kasi basah baju.
Muka cuak dan seram apa nak jadi lepas ini. Balut badan jangan kasi basah.
Ini muka sudah lepas naik bot. Sempat lagi itu nak berfoto dengan daun kuning. Tempat inilah yang kami lalu tadi.
Depan kedai cenderahati Safari.
Keluar sahaja dari sini terus beli churos, laporr.
(iv)
Magic Land
Di Magic Land ini banyak zone yang menarik tapi tak sempat nak pergi ke semuanya sebab penat kaki nak turun naik bukit disini.
Aesop's Umbrella Alley
Disini kita boleh melihat payung yang berwarna-warni mekar di langit. Di jalan utama Aesop Village antara tempat fotografi yang cantik dengan pemandangan beraneka ragam disekitarnya.
Kalau tak salah ada 100 payung yang tergantung.
Kawasan sekitar.
Music Garden
Everland kini mempunyai ruang baru untuk penyembuhan! Sekiranya anda mahukan muzik yang akan menonjolkan kepekaan anda hari ini, datanglah ke Music Garden of Fairies yang penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan! Cari pengalaman penyembuhan di taman romantis di mana pelbagai tanaman dan muzik bersatu. Jalan-jalan sambil dengar muzik.
Magic Swing
Magic Swing ini macam tikar terbang, kalau ikut cerita kira dorang ni terbang sebab membaca mantra Merlin the Magician!
Bumper Car
Bumper Car ini memang menjadi kegemaran untuk kanak-kanak dan dewasa. Tiada lesen? Tiada masalah!
Kids Village
Tempat ini sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 3 hingga 10 tahun tapi bagi dewasa kalau nak bergambar disini pun sesuai juga.
Everland ini besar nak jalan satu hari pun tak habis. Jalan-jalan kena santai baru boleh felling.
(v)
European Adventure
Royal Jubilee Carousel
Disini permainannya taklah extreme untuk kanak-kanak memang sesuai tapi kalau dewasa pun nak main disini pun boleh sahaja. Bolehlah naik merry-go-round, naik kuda putih dan berpura-pura menjadi watak dalam fairy tales.
Sekitar European ini memang cantik seni bina eropah memang terserlah.
Rose Garden
Taman Mawar cantik! memang cantik mengambil gambar warna dalam taman ini memang menyerlah.
Blood City
Disini kami ambil gambar sahaja tak masuk pun dalamnya.
Kalau korang nak ke Everland ini pastikan buat perancangan dan pilih zone mana yang menjadi kegemaran dan pergi dulu. Dalam masa sehari pun tak cukup nak cover semua Everland ini sebab disini masih banyak lagi aktiviti yang kita tak sempat nak lihat.
ANEKDOT:
Terima kasih kepada Hakim dari krtour bawak kami ke sini.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya