Subscribe Us

Things To Do In China : Guilin, Yangshuo Dan Guangzhou

Assalamualaikum,

Negara China merupakan sebuah negara yang besar. Salah satu tempat yang aku berkesempatan sampai ialah di Guilin, Yangshuo dan Guangzhou. Biasalah untuk pergi negara komunis lebih mudah kalau kita ambil pakej kerana tidak perlu untuk kita sendiri nak buat visa dan menguruskan dokumen lain.

Aku pergi ke Guilin ini dengan mengambil pakej dari Andalusia Travel & Tours dan yang penting memang sesuai dengan pakej muslim yang ditawarkan. Harga dan service juga berbaloi. Aku pegi masa ini tahun 2018 selama 6 hari 5 malam. Sepanjang lawatan boleh di katakan setiap hari berpindah hotel sebab dari satu tempat ke tempat yang lain disini jaraknya sangat jauh dan mengambil masa berjam-jam untuk sampai.

Bersiap sedia untuk terbang ke Guilin sambil menunggu peserta lain datang.
KLIA 2
Muka mengantuk nak beratur check in luggage.
Waiting for boarding kita solat subuh dan breakfast dulu bersama bekal yang diberi oleh Andalusia Travel & Tours.
(i)
Kuala Lumpur-Guilin-Yangshou

Kami semua berkumpul di KLIA 2 dengan penerbangan Air Asia. Masa ini begang juga aku tempah hot seat tapi bila dapat tiket tengok dapat seat ekonomi. Sudahnya aku wasap pihak travel agen minta balik duit untuk hot seat aku dan family untuk perjalanan satu hala ini, nasib baik dapat dan pihak travel agen berjanji akan refund dan masa balik nanti aku dan family akan dapat hot seat. 

Nasi lemak Pak Nasir yang popular buat lapik perut dalam flight.
Perjalanan dari Kuala Lumpur - Guilin mengambil masa lebih kurang 4 jam, taklah jauh sangatkan tapi sempat jugalah merasa hidangan dalam flight. Tak sabar rasanya nak explore Guilin ini dan melihat alam semulajadi yang dikatakan cantik. Cuaca masa ini musim dingin tapi tak bersalji. Udara sejuk itu masih terasa walaupun sudah penghujung Januari waktu itu.

Kami tiba di LiangJiang International Airport di Guilin lebih kurang jam 10.00 pagi. Security di Airport ini amatlah ketat, siap ada anjing pengesan untuk mencium setiap luggage dan untuk mengecop passport pun pegawai pemeriksa tilik muka kita punyalah lama selagi dia tak puashati takan lepas untuk diberi cop.

Tours guide kami (Mr. Alex) ini peramah dan kelakar orangnya, boleh juga bercakap dalam bahasa Melayu sikit-sikit. Menurut Alex 'Guilin' bermaksud 'Forest of Sweet Osmanthus', Osmanthus adalah nama sejenis tumbuhan yang banyak terdapat dan di tanam di bandar ini. Daun Osmanthus boleh dibuat teh dan ada nilai perubatan yang tinggi. Tak tahulah ubat untuk apa.

Kami semua dibawa makan tengahari dan bersolat dahulu. Di Guilin ini rupanya banyak juga restoran cina muslim, Mr. Alex membawa kami ke Endian Halal Muslim Restaurant terletak di Haitang 1st Alley, Xiangshan Qu, Guilin Shi, Guangzi, Zhuangzuziqu. 
Ramai rupanya orang Malaysia sampai sini, nak autograph pun sudah penuh.
Menunggu hidangan dengan penuh kesabaran, disini semua masakan order dahulu kemudian baru dimasak dan dihidangkan panas-panas.
Hidangan disini semuanya sedap mungkin sebab suasana sejuk masing-masing lapar sahaja.
Selepas makan tengahari kami bersolat jamak Zohor dan Asar di Chongshan Mosque yang tidak jauh dari restoran. Masa ambik wudhuk disini airnya sangatlah sejuk sambil mengigil dan cepat-cepat sahaja nak menyempurnakan wudhuk.

Pintu masuk Chongshan Mosque...
Masjid Jalan Chongshan berasal dari Dinasti Qing di bawah pemerintahan Yongzheng. Ini adalah masjid yang dijaga dengan baik dengan skala terbesar di Guilin, menempati kawasan seluas 2000 meter persegi.
Ciri seni bina masjid menggabungkan gaya tradisional Cina dan gaya seni bina Islam. Di dalam masjid, ia merangkumi set lengkap seni bina: ruang solat, ruang kuliah, kemudahan Wudu dan sebagainya. Ruang solat sangat luas, dengan 12 tiang kayu merah tersusun dengan teratur. Dan bahasa Arab di sebelah kiri transept bermaksud bahawa Allah adalah yang terbesar dan paling dihormati, dan orang-orang di sebelah kanan bermaksud untuk membuka pintu keberuntungan dan kebaikan.
 
Masjid Jalan Guilin Chongshan dianggap sebagai tempat bersejarah dan budaya yang penting. Pada tahun 1982, Presiden Pakistan datang ke China, mengunjungi masjid secara khusus, dan menunaikan solat Jumah di sana. Satu set kaset dan perakam Al-Quran juga dipersembahkan ke masjid. Presiden itu malah menanam empat pokok Tasong di depan pintu pagar sendiri, mendoakan persahabatan umat Islam dan rakyat seluruh negara antara China dan Pakistan.(sources)

Setelah selasai solat dan makan tengahari kami dibawa melawat Shangri-La Park.
Shangri-La Park ini memiliki keindahan semula jadi dan kawasan sekitarnya ada sungai kecil dan berlatarbelakangkan puncak karst besar. 
Pemandangan disini memang indah seperti lukisan.
Disini perkampungan Dong Minority Village ini kami boleh melihat seni, tarian dan kemahiran dari penduduk minority ini.
Dibelakang kita orang itulah golongan Dong Minority itu orang betul tau bukan patung. Aku mula sampai ingat patung terkejut bila dorang bergerak-gerak. Menurut Mr. Alex golongan ini kalau dia suka dengan kita, dorang akan pijak kaki kita sebagai menyatakan yang dia suka kita. Oleh itu kita orang dengan cepat-cepat simpan kaki takut juga kalau kena pijak tak balik Malaysia nanti...hahaha
Sebelum check in Days Hotel Frontier Yangshou, sempat lagi window shopping di West Street. Tak beli apa pun sebab tak ada yang menarik. Masa ini memang sejuk mengigil sampai ke tulang sum-sum.
Hotel disini sangat selesa dan bersih. Puashatilah.

(ii)
Yangshuo-Guilin

Bersiap untuk sarapan pagi dan check out. Selepas ini kami akan dibawak ke menaiki Li River Cruise.

Sedap roti bun tu, kita orang siap nak tapau untuk balik semula ke Guilin nanti.
Nasi goreng cina dan teh susu... semua sedap makanan disini. Ringkas.Sedap.
Udara di tepi sungai ini memang sejuk ditambah pulak ada angin. Cepat-cepat nak naik feri dan melihat pemandangan. Memang cantik pemandangan disini seperti gambar poskad dan lukisan. Kami disini menikmati saja pemandangan dan berfoto.

Diatas Li River Cruise...
Kemudian kami dibawa melihat Moon Hill dari dalam bas saja. Sesaper yang pernah tengok kdrama "Scarlet Heart" mesti tau kisah Moon Hill nie 🧕
Kami meneruskan perjalanan ke Silver Cave. 
Silver Cave terletak di Bandar Maling di Daerah Lipu, kira-kira 85 kilometer (53 batu) selatan ke pusat bandar Guilin dan 18 kilometer (11 batu) dari Yangshuo. Ia adalah gua karst terbesar di Guilin dan sepenuhnya memperlihatkan pesona bentuk tanah karst khas di selatan China. (source)
Banyak stalaktit kristal memanjang dari bumbung gua seperti bintang di Bima Sakti yang jatuh. Mereka berkilau seperti perak dan berlian di bawah lampu berwarna-warni, memberikan nama gua: Silver Cave. (source)

Kami juga dibawa membeli-belah di Central Square dan Zheng Yang Pedestrian Street dan check in di Hotel Universal Guilin.
(iii)
Yangshuo-Guilin

Hari terakhir di Yangshuo dan kami akan ke Guilin pula. Kali ini ke Elephant Trunk Hill. Elephant Trunk Hill (Xiangbishan) adalah mercu tanda Guilin. Terletak di Kawasan Pemandangan Bukit Gajah (Taman Xiangshan) di pertemuan Sungai Taohua dan Sungai Li, ia telah menjadi destinasi pelancongan terkenal sejak Dinasti Tang (618 - 907). (source)
Bukit itu kelihatan seperti gajah raksasa yang meminum air dari sungai. Tidak hanya terdapat banyak pemandangan alam yang menakjubkan di sekitar bukit, tetapi juga beberapa bangunan kuno, seperti Pagoda Puxian, Kuil Yunfeng, dan Sarira Dagoba. (source)
Inilah Elephant Trunk Hill terjadi secara semulajadi.
Kami juga dibawa melayari Sungai Li dan menikmati keindahan alam semula jadi ini. Masa ini burung Cormorant tak ada, cuma kita orang sempatlah naik rakit buluh ini.
Macam biasa group foto mesti ada...
(iv)
Guilin-Guangzhou

Hari ini last kami di Guilin dan sekarang kami ke Guangzhou setelah bersarapan.

Kami ke Guangzhou dengan menaiki Kereta api Berkelajuan Tinggi. Perjalanan dari Guilin ke Guangzhou mengambil masa selama 3 jam. Cuaca masa ini amatlah sejuk. Aku suka tengok uniform pramugara dan pramugari kereta api berkelajuan tinggi cantik dan sopan sahaja.

Dalam station Kereta api Berkelajuan Tinggi...
Sampai sahaja di Guangzhou kami terus dibawa ke Yuexiu Park.
Bukit uexiu, juga dikenal sebagai Yut Sau Shan, Bukit Yut Sau atau Gunung Yuexiu, terletak di Daerah Yuexiu, Guangzhou. Ia pernah membentuk hujung utara kota berdinding lama, walaupun sebagian besar tembok telah dibongkar dan kota ini kini telah berkembang jauh di luarnya. Kawasannya sekarang membentuk Taman Yuexiu Guangzhou, yang tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan paling terkenal di Guangzhou, termasuk persekitaran semula jadi yang indah dan tempat-tempat kuno. Ia meliputi kawasan seluas 860,000 meter persegi (9,300,000 kaki persegi).(source)

Kami sempat singgah bersolat di Huaisheng Mosque dan makan tengahari di restoran tempatan.
Penginapan kami di Guangzhou, Royal Tulip Luxury Hotel.
(v)
Guangzhou

Hari ini banyak dibawa ke kedai wajib pergi bila kita buat lawatan di China ini seperti kedai Jade dan herba yang agak membosankan. Bandar Guangzhou ini besar juga seperti suasana di Kuala Lumpur sahaja.

Kami juga berenti sekejap di Guangzhou Tower untuk bergambar. Kabus sebab sejuk.
Kami juga sempat melawat Mausoleum Saab Abi Waqas...
Kami makan tengahari di Beijing Road yang juga merupakan tempat untuk bershopping kain pasang. Tapi kami tak pun shopping cuma widow shopping dan makan sahaja. Setelah itu terus ke Onelink Whole Sale Market destinasi terakhir untuk shopping. Bagi aku Onelink Whole Sale Market ini sama seperti Kenanga Wholesale Kuala Lumpur.
Sedap juga makan di restoran ini.

(vi)
Guangzhou-Kuala Lumpur

Hari untuk pulang semula ke Kuala Lumpur, tamatlah percutian kami kali ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan