Assalamualaikum semua semoga sihat sentiasa.
Kalau kita ke Singapore tak sah kalau tak berkunjung ke Merlion Park. Masuk adalah percuma ya! Rugi tau kalau tak sampai sini.
Merlion Park ini adalah mercu tanda bagi negara Singapore. Menurut cerita, Merlion ini adalah makhluk mitos dengan kepala singa dan badan ikan yang digunakan sebagai maskot dan keperibadian Nasional Singapore kira icon bagi negara Singapore lah. Merlion statue ini unik sebab singa ini saja yang keluarkan air melalui mulut...ekekeke
Bagi aku kalau kita tak nak letih baik menaiki bas ke Merlion Park ini tapi dengan syarat menginaplah di Hotel 81, Jalan Sultan. Kalau menaiki MRT kena alert dengan station yang tepat untuk turun dan kena berjalan kaki ke Merlion Park, mengambil masa dalam 15 minit juga itu tak termasuk masa kita tersesat mencari jalan ke park tersebut.... ehehehe
Ada dua cara nak sampai ke Merlion Park ini:
(i) Bas
1. Naik bas depan Sultan Plaza
2. Bas no. 107
3. Turun di bus stop ke 5
4. Boleh turun sudah sampai ke Merlion Park
(ii) MRT
Kalau menggunakan MRT (aku naik MRT dari Station Nicoll Highway sebab berdekatan dengan hotel penginapan aku)
1. Station Nicoll Highway (belakang The Concourse)
2. MRT Circle Line tukar ke Station Dhoby Ghaut
3. Turun di Station Raffles
Keluar dari Station Raffles kena jalan melintasi Maybank dan jalanraya untuk sampai ke Merlion Park.
Disebabkan pemandangan dari Merlion Park ini kita boleh capture bagunan Marina Bay yang senibinanya yang mengagumkan, memang sentiasa jadi rebutan untuk pengunjung bergambar di taman ini.
Kalau nak ke Merlion Park ini aku cadangkan pergi waktu malam. Malam hari bila lampu neon dipasang menyerlahkan lagi kecantikan bandar Singapore ini.
Kalau bernasib baik boleh tengok persembahan Wings of Time. Wings of Time ini dipersembahkan dengan teknologi yang menggabungkan efek air pancut, muzik, efek api dan lampu laser memang berwarna warni. Rugi kalau tak tengok percayalah ia sangat unik dan magikal. Masa pertunjukkan ini kalau tak salah aku jam 7.40 malam dan 8.40 malam setiap hari. Kenalah datang awal cari tempat duduk depan sekali kalau nak tengok Wings of Time ini.
Itu saja aku rasa aktiviti di Merlion Park selain teruja nak bergambar.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya