Subscribe Us

Kemas Dan Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Assalamualaikum,

Sudah lama tak buat update dalam blog ini.

Hari ini ada satu cerita sahaja. Di hujung tahun 2020 ini mood nak mengemas dapur tiber "ON" pulak. Sempena semangat tahun baru 2021 jomlah kita ke IKEA tengok apa barang yang patut nak beli nak kemas dapur comel rumah aku ini.

IKEA siapa yang tak kenalkan. Di IKEA ini kadang-kadang bukan nak beli barang pun saja cuci mata pun sudah boleh jadi terapi minda. Aku suka dengan design furniture dia IKEA ni sebab nampak kemas dan jimat ruang. Datang sini idea pun datang mencurah-curah cuma nak membeli je duit dalam poket tak mencurah-curah.... HA...HA...HA...

Untuk kali ini aku planning nak tukar meja tempat dapur gas aku dan nak beli almari untuk simpan lauk supaya dapur comel aku itu nampak kemas dan boleh bersihkan minyak dengan mudah selepas kita masak. Maklumlah meja itu pun sudah 7 tahun memang patutlah nak roboh.

Table untuk dapur gas ini benda pertama yang aku beli, hargnya RM299.00 siap kos penghantaran lagi. Aku suka meja ini sebab lantainya dari tile so senang nak bersihkan dari terkena minyak lepas masak nampak lebih bersih dan kemas. Meja ini boleh tahan juga beratnya.

Akhirnya dapat juga aku beli almari lauk, banyak-banyak almari ini yang aku berkenan kat IKEA itu. Aku suka almari ini sebab ada rak kat bawah itu dan banyak ruang untuk aku boleh susun barang kering nanti dan lauk boleh simpan dalam almari itu.
Ini detail harga untuk almari ini, disebabkan stok di IKEA Cheras dah habis aku kena beli secara online untuk dapatkan almari ini. Bagi aku better beli online dan boleh minta IKEA pasangkan sekali aku rasa kalau pasang sendiri tak sekemas macam staff IKEA pasangkan.
Ini gambar dari depan...
Bila dah lama tak buat kerja 5S ini sakit plak pinggang...aduhai dapur kemas jangan tak kemas untuk keselesaan dan semoga mood memasak itu sentiasa ada... ecehhh!

Anekdot:
Masa update blog ini tengah dengar lagu Atezz-HALA HALA best plak dengar...

Catat Ulasan

0 Ulasan