Subscribe Us

Sha Dan Shah by Sha Ibrahim

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nak berkongsi cerita tentang novel Sha & Shah oleh Sha Ibrahim. Novel ini telah diadaptasi ke drama, aku suka cerita ini sebab heroin dia perwatakan tegas dan kepala gila-gila. Baik baca novel atau tengok dramanya, dua-dua best.

BICARA NOVEL : NOVEL SHA & SHAH

Sinopsis:

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN… 

👉👈👉👈👉👈👉👈

My review :

Bila dah start tertengok drama ini kat Astro, dan-dan tu nak cari bukunya. Waktu tu dah macam orang mengidam nak juga baca bukunya by hook or by crook. Dalam keadaan 'semanis coklat', terjumpa pula hahaha
MegaDrama : Sha & Shah 2 16 Episod Mulai 4 Januari 2021 Setiap Isnin-Khamis 10.00 Malam Astro Ria (124) Astro Gempak #megadrama #shadanshah #16episod
Jalan ceritanya tak berat. Tak banyak konflik. Sweet. Tak membosankan. Jalan cerita yang laju jer baca tanpa sibuk nak berhenti dulu... Bacaan yang santai dan menghiburkan.

‘Dua sahabat. Satu kisah tentang cinta diam-diam dan menyimpan rasa.’ Oh lalala! Baiklah, bak kata pepatah inggeris, “What if you find soul mate and best friend in one person that you least expected?". Macam citer RADHA jugalah...

Dalam cerita ini bagi aku penulis banyak kembangan perasaan yang wujud antara Sha-Shah selepas berkahwin. Ketika dalam ikatan persahabatan mereka berjaya menyembunyikan perasaan masing-masing dan akhirnya status 'persahabatan' itu bertukar menjadi soulmate. Kira mereka ini bercinta selepas bernikah lah. Banyank scene-scene lucu dan usik-mengusik dorang ini yang membawa bahagia. 

Ini kisah cinta dan persahabatan Sha-Shah,
Cinta tanpa perlu diluahkan.
Dengan batas yang terjaga.
Tengok dramanya lagi sweet ler couple nie!!

Catat Ulasan

0 Ulasan