Subscribe Us

Seindah Kasih Cadeo by Wan Sufia

 Assalamualaikum,

Cerita dari rak novel peribadi aku lagi. Seindah Kasih Cadeo oleh Wan Sufia kisah cinta perkahwinan campur. Walaupun penulis tukar nama pena tapi garapan ceritanya boleh dikesan siapa penulisnya... ehehehe

Seindah Kasih Cadeo by Wan Sufia

Sinopsis :

CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan supermodel di Asia itu… naik komuter? What?

Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.

          “Deo. Just call me Deo.”
          “Deo? Deodorant?”
          “Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama,  ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu. 

          "What were you expecting Najla?"
          "Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
          "Oh..."
          "Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
          "Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"

Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.

Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.
Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.
Sikapnya yang suka mengusik... itu yang membuatkan aku tersenyum malu. Tetapi...
Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."
Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu  Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.

          “Tahniah.”
Hanya itu yang lelaki itu ucapkan.  Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.

          “Assalamualaikum.”
Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.

💑💑💑💑

My review:
"You bring love and happiness to my life."
(Khun num kham rak lae kham sook ma soo chee-wit pom) - tergeliat gak lidah nak nyebutnya...kiikiki

Sinopsis dalam citer ini dah agak lengkap untuk ceritakan kisah Cadeo-Najla ini. Walaupun kisah yang biasa-biasa, tapi novel ini ada kekuatan yang tersendiri. Penceritaan dan bahasa pun boleh buat kita meneruskan pembacaan.

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati Cadeo terhadap Najla mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama,  ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu. 

Najla tak sangka orang yang kawan karibnya (Yana) cuba kenalkan dengan dia ialah Cadeo sepupu Danial (hubby Yana) dan jejaka itu juga yang mula melekat dihatinya sejak first time jumpa di dalam komuter. Tapi takdir Tuhan kan, kalu dah jodoh itu segala urusan akan dipermudahkan. Cadeo yang sanggup tinggalkan semua kehidupan sosial selepas bertemu dengan Najla... Najla sebagai asbab Cadeo mendapat hidayah dari Allah dan berubah hidup menjadi muslim yang baik... 

Cadeo ini kacukan Siam-Inggeris so muka dia macam model pan Asia lah kan... hensem. Najla ni memanglah sangat naif kalu bab cinta ini ...maklumlah dia tak pernah cinta. Dalam kisah ini kita boleh nampak memang Cadeo cinta, sayang dan juga gilakan Najla ni dari mula mereka berjumpa lagi. Dengan aksi-aksi romantik dan terlebih gula yang ditunjukkan pada Najla kita dah boleh nampak dan agak... tapi Najla ini tak dapat nak yakin dengan cinta, kejujuran, segala perbuatan dan percakapan yang ditunjukkan Cadeo kepada Najla. Seriously aku sangat-sangat suka Cadeo treat Najla. Banyak kisah lagi berlaku.. cemburu, sakit hati dan macam-macam lagi la... 

Tapi aku ada rasa terganggu sedikit, tiba-tiba jer dah sampai situasi majlis akad nikah Najla... kalu bab ini dipanjangkan sikit dengan menceritakan macam mana Cadeo dan bakal abang iparnya (Kimi) merancang  untuk surprise Najla dengan perkahwinan tu lagi bestt... terkejut makkk tau ingat ada missing page... ihiks... kesilapan perkataan ada juga tapi tak menganggu bacaan still boleh faham lagi ceritanya.

Novel ini bagi aku bacaan ringan dan santai tapi sangat menarik, takde lah peningkan kepala... walaupun kadang-kadang sakit hati juga.. tapi yang pasti akan tersenyum je dengan karenah mereka. Really fun baca novel ini. 

Cadeo yang nakal
Cadeo yang romantis
Cadeo yang tak henti-henti menggoda
Cadeo yang nak cium, tak kira tempat
Cadeo yang nak peluk, tak kira masa
Buat seorang Najla tergoda dengan kerenah suaminya itu!

Najla yang naif tentang cinta
Najla yang manis
Najla yang bila berada disisi membuatkan dia rasa tenang
Najla yang menerima segalanya
Cadeo benar-benar jatuh cinta kepada isterinya itu!

Catat Ulasan

0 Ulasan