Subscribe Us

Jula Juli Bintang Tujuh by Adileah

Assalamualaikum,

Cerita ini memang kelakar. Kalau dari Adeliah memang ceritanya selalunya di luar kotak. Kalau rasa stress boleh baca novel ini untuk menghilangkan ketegangan.
Jula Juli Bintang Tujuh by Adileah
Sinopsis:

Kehidupannya penuh dengan kegembiraan. Impiannya untuk menjadi dayang di istana juga kesampaian apabila dia berjaya menempatkan diri di Kediaman Aris. Namun kehidupan di istana bukanlah semudah dan seindah yang diimpikannya. Entah kenapa, ada sahaja yang tidak kena.

“Hei, jaga-jaga!”
Prang!!!
“Alamak mati aku!”
“Awak ni buat kerja ke berkhayal?”
“Maaf encik, tuan, datuk, tengku.”
“Tuan Ilham.”

Pada Ilham, dia tidak layak bekerja di Istana Seri Gemilang. Gadis itu minah kelam-kabut. Namun, setiap kali dia ingin memarahi Suria, seperti ada sesuatu pada Suria yang membuatkan dia tidak boleh hendak marah. Dia lain daripada gadis-gadis yang lain. Tanpa sedar, matanya sentiasa mengekori langkah Suria. Seolah-olah Suria itu adalah tanggungjawabnya.

Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya, Suria seakan dikejar oleh sesuatu. Malah dia hampir-hampir dibunuh. Apa yang mereka inginkan? Dia bukanlah anak jutawan yang ditinggalkan harta yang berkoyan-koyan.

 +++
ADELIAH menghadiahkan Jula Juli Bintang Tujuh kepada anda sebagai teman kala kepayahan. Ayuh melangkah ke ‘istana’ dan sokonglah Suria kala hatinya keseorangan di situ.
Border Design: 8 Tips & Modern Examples
My review:

Novel ini ceritanya ringkas dan sweet. Aku suka garapan watak, pekerjaan dan chemistry Ilham-Suria dalam novel ini, asyik dan laju saja bila baca.

Suria, bekerja sebagai dayang di Istana Seri Gemilang. Nekad untuk cari pengalaman bekerja di istana walaupun ibu dan ayah Suria ni sebenarnya mengusahakan ladang bunga di Cameron Highlands. Menariknya, Suria ini ada penyakit gagap yang hanya akan datang menyerang bila dia terkejut.

Kisah Suria menjadi Dayang pelatih di Istana Seri Gemilang memang kelakar, bila Suria tertangkap oleh Ilham, si pembantu peribadi Tengku Aris (bakal Raja Muda) dan merangkap Pengarah Kediaman Aris, dalam satu majlis sambutan hari lahir Tengku Aris, Suria tertumpah air untuk dihidangkan kepada para tetamu majlis. Cepat saja Ilham menangkap kesalahan Suria tu. Ilham ini pulak seorang yang perfectionist, so bila nampak kesalahan kecil yang dilakukan oleh Suria, memang kena marah la Suria. Dahlah Suria nie cepat mengelabah dan dalam kelam-kabut kena marah tu sampai terlanggar pintu cermin. Hahaha... Pekerja Istana pulak  selalu bercerita dengan Suria yang Ilham nie hati beku, garang dan dingin, tu yang buat Suria lagi rasa takut. Tapi bila dengan Suria, Ilham jadi tak boleh nak marah... macam ada sesuatu yang menarik dengan Suria ni dihati Ilham... maybe muka Suria tu muka kesian, itu sebabnya Ilham tak sampai hati nak marah.

Rupanya dalam diam hati Ilham dah terpaut dengan Suria. Tapi Ilham nie gentleman tak ego dan sanggup menjadi penjaga Suria tanpa Suria sedari dia selalu dalam perhatian Ilham.. Part yang sedih sikit bila Suria terpaksa berenti kerja sebagai Dayang Istana atas kematian ibu dan ayah Suria. Selepas kematian ibu dan ayah Suria, banyak musibah yang datang kepadanya. Lebih-lebih lagi selepas Suria mengambil kotak yang disimpan oleh ayahnya di peti keselamatan bank. Bila ibu dan ayah Suria meninggal dunia, Surialah satu-satunya waris dan harapan untuk dapatkan apa yang dihajatkan itu. Kebakaran rumah orang tua Suria tu pun adalah perbuatan khianat sebenarnya.

Siapa yang menjadi dalangnya? Heeemmm... kena bacalah sendiri sampai habis... Time nilah Ilham datang jadi ‘superhero’ untuk Suria. Aku suka memang terasa betul rasa kasih sayang dan cinta dalam hati Ilham tu untuk Suria... ehehehe..

Aku suka bab akhir cerita ini bila Ilham mengenakan Suria untuk propose Suria jadi suri hidup dia... sampai jeleslah Suria tu dan akhirnyaaa tu semua untuk dia rupanya.. kan sembunyi lagi perasaan tu padahal Ilham dah separuh mati cinta kat dia...

Jalan cerita ini sempoi, bahasa santai tak berat kepala nak faham, lawak sengal segala memang enjoy je aku baca novel ni. Memang sayang nak habiskan baca sampai ke ending... memang kena ulang balik baca...ehehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan