Subscribe Us

...dan Angin pun Berbisik by Adileah

Assalamualaikum,

Novel pun boleh jadi menu tau! sapa singgah Prince Cafe boleh tumpang baca novel-novel ini... This is novel for Today! verangan tak ingat dunia kan... esok kita tukar plak koleksi novel lain, tetiba teraspirasi nak buat nie plak. Ini semua koleksi novel yang aku ada untuk penulis Maya Adelia/Adileah...
Sambil baca kita minum... memang santai!

Aku sebenarnya nak bercerita tentang novel kelima Adileah nie... meh kita baca apa ceritanya.

Sinopsis:

Namun, apa maknanya cinta apabila Ariel dan Yasmeen memilih jalan untuk berpisah?

Yasmeen mula menyedari yang bahagia itu tetap akan menemuinya walaupun akhirnya dia perlu mencarinya sendiri. Bahagiakanlah orang lain dan bahagia dalam diri pasti ditemui.

Dan, lelaki bernama Adam hadir semula dalam hidup Yasmeen lalu mengubat luka cintanya bersama Ariel dulu.

Namun, bahagia Yasmeen diragut lagi apabila Adam pergi buat selama-lamanya tanpa mengetahui dia bakal menjadi seorang bapa.

Bagi Ariel pula, perpisahan dengan Yasmeen dulu mengajarnya sesuatu yang paling berharga. Jangan pernah ego dalam soal cinta dan jujurlah dalam melafazkan kata cinta.

Pertemuan semula dengan Yasmeen membuka kembali ruang cintanya untuk wanita itu. Tetapi masih sudikah Yasmeen menerimanya kembali setelah apa yang pernah berlaku antara mereka dulu? Dapatkah Ariel menerima hakikat yang Adam tetap ada tempat yang istimewa dalam hati Yasmeen sampai bila-bila?

Masa, rawatlah luka ini. Biar sembuh, biar hilang nyerinya.
Floral Frame Images | Free Vectors, Stock Photos & PSD
My review:

Sebenarnya cerita ni sambungan dari novel Pada Angin Aku Berpesan. Bila aku tahu ada sequel yang baru nak kuar terujanya nak baca kisah selanjutnya tentang Ariel-Meen nie...dan tajuknya pula ialah ...dan Angin pun Berbisik.

PERSOALAN BERAT dalam kepala aku adalah apakah yang terjadi dengan kehidupan Ariel-Meen selepas dorang bercerai? 

Ariel.
Rupanya selepas bercerai dengan Yasmeen dia tak kahwin pun dengan Lily tu. Tapi bila dia tahu Lily sakit terus dia kesian dan jaga Lily sampai Lily menghembuskan nafas yang terakhir. Tapi dalam keadaan inilah Ariel banyak belajar tentang cinta, kasih sayang dan memperbaiki dirinya dengan lebih baik. Alhamdullilah.

Yasmeen.
Ada jodoh dengan Adam juga rupanya. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Tapi ada peristiwa yang menyayat hati pabila Adam meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya tanpa mengetahui Yasmeen ketika itu tengah pregnant. Aduh jatuh kesian aku pada Yasmeen. sob...sob..sob.. Tapi semangat Yasmeen tu kuat dia bangkit dari kesedihan dan bersemangat untuk membesarkan anak dia Nur Tasnim dengan se-sempurna yang boleh.

Yes, aku nampak sisi Ariel yang diputihkan. Ariel akhirnya tahu Yasmeen dah keseorangan. Dengan cinta dan sayang yang masih tebal kepada Yasmeen, Ariel cuba mendekatkan diri dan menggoda balik Yasmeen kembali kepada dia. Haaaaa, kat sini lah peranan mak ngah Nur Tasnim dan Nur Tasnim yang cute tu penting. Memang geram dengan budak cute itu... dia yang banyak kasi ruang dan masa untuk ibu dan daddy dia bersatu.
Nur Tasnim.
Walaupun ayah biology dia dah meninggal dunia tapi dia dapat kasih sayang yang penuh dari daddy Arielnya. Dengan muka dia yang comel tu dapat membeli jiwa dan raga daddy dia sampai terikat dan tak boleh beralih arah dah perasaan tu. Dengan Nur Tasnim lah tempat Ariel-Meen bermanja dan mereka sedar tentang hati dan perasaan masing-masing. Rupanya rasa cinta dan sayang itu masih ada.

Endingnya? Aku boleh tutup novel ini dengan senyum lebar. Happy ending. A MUST READ BOOK pada aku. Cerita yang simple. Realistik. Manis yang tak terlampau dengan momentnya tersendiri. Bila baca rasa bila nak habis-tapi tak nak habiskan. Macam tu la.

Catat Ulasan

0 Ulasan