Assalamualaikum,
Novel ini merupakan antara novel kegemaran aku dan dibaca berulang kali. Tak jemu baca sebab jalan cerita romantik komedi dan menghiburkan. Sayangnya novel ini sudah tidak diterbitkan lagi. Kira novel ini boleh dimasukkan dalam senarai novel rare.
Credit Photo: my-next-playground.blogspot.com
Sinopsis:
Bukan mudah menggapai bintang di langit. Tinggi... tidak tergapai dek tangan. Dia tidak pernah putus asa, malah langsung tidak mahu mengalah dengan nasib yang diatur untuknya. Biarlah sebesar mana pun dugaan yang datang, dia tetap mahu berdiri di situ... menghitung bintang di langit kerana baginya, hidup dan mati adalah kurniaan yang Maha Esa.
Hadirnya bagai hembusan angin yang menderu tetapi lembut dan mendamaikan. Ia tidak wujud di mata kasar... namun ia boleh dirasai oleh naluri kewanitaan yang dimilikinya. Biar dia tidak mempunyai suara namun pandangan matanya bisa menghuraikan. Bagai sang pari-pari yang berterbangan bebas. Berbumbungkan dada langit, berbantalkan awan gemawan, berlantaikan padang hijau yang maha luas dan berdindingkan hutan hijau.
💕💕💕💕💕
My review:
Cinta Sang Pari-Pari ini bergenre Romantik Komedi. Cerita ini best especially part-part kelakar yang memang menjadi. Cuma di ending ada kejutan sikit. Ini kisah tentang Darin si kepala angin, seorang PA kepada Zafryl yang digelarkan oleh Darin sebagai singa jadian. Mereka bertemu disebabkan oleh kisah sedih yang terjadi dalam hidup mereka.
Darin ditinggalkan oleh Farhan disaat majlis pernikahannya tanpa sebab yang munasabah diatas kekecawaan tersebut Darin memohon kerja yang ditempatkan di Kuang dan bekerjalah Darin dengan si singa jadian tu.
Zafryl pula baru kehilangan isteri dalam suatu kemalangan jalan raya. Kehilangan membawanya jauh dari ibu kota dan sekaligus merubah karakternya menjadi seorang yang lebih dingin. Dalam ramai-ramai PA yang pernah bekerja denga Zafryl, hanya Darin saja yang mampu bertahan dengan karenah dan perangai singa jadian Zafryl tu.
Tapi aku sakit hati dengan perangai Zafryl tu kat Darin. Macam-macam dia buat untuk sakitkan hati Darin dan ada aja yang tak kena dengan Darin tu. Tapi disebabkan kejadian camtulah hubungan mereka bertambah baik. Rupanya dalam diam Zafryl dah jatuh cinta dengan Darin, begitu juga Darin menyembunyikan perasaannya sebab masih fobia ditinggalkan Farhan. Bak kata Afghan, kalau jodoh pasti bertemukan. Darin-Zafryl tertangkap oleh keluarga Darin di halaman rumahnya, dan pada masa inilah Zafryl amik kesempatan melamar terus Darin. Terpaksalah Darin terima lamaran Zafryl dengan hati yang tak rela. Suka Zafryl akhirnya dapat juga dia kahwin dengan Darin..ehehe...nakal betul Zafryl nie!
Selepas berkahwin, Darin cuba menerima baik buruk Zafryl sebagai suaminya. Diatas kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Zafryl membuat hati perempuan Darin jadi lembut dan menjadi seorang isteri yang memahami dan penyabar.
Cuma yang menjadi masalah kepada Darin sekarang ialah Anita, PA baru Zafryl. Siapa sebenarnya Anita tu? Apa kaitannya dengan Nurzila, arwah isteri Zafryl?
Buku ni takde jual dah sekarang, kalau ada pun maybe second hand. Antara cerita yang aku suka dan sayang tau... Ini karya pertama penulis, dengan gaya penulisan yang cheeky. Jujurnya aku sukakan gaya penulisan dan penceritaan yang dicanai oleh penulis yang mudah untuk difahami dan manis.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya