Assalamualaikum,
Hari ini Korean Wave melanda aku lagi. Kali ini nak berkongsi resepi pancake seafood korean atau Haemul Pajeon dalam bahasa hanguk. Haemul bermakna makanan laut (seafood) dan Pajeon pula bermakna lempeng (pancake).
Resepi ini agak mudah kalau kita nak cuba tapi kena pandai juga adjust bancuhan tepungnya, jangan terlalu garing atau tebal. Kalau di Malaysia, masakan ini dinamakan lempeng atau cekodok. Boleh juga nak buat bentuk cekodok tapi jenuhlah nak menunggu masaknya. Oleh kerana perut pun sudah berkeroncong buat jelah macam telur dadar besar dan cepat masak, senangkan.
Ini Haemul Pajeon versi aku, baru first time aku cuba. Versi aku ringkas sahaja janji ada rasa Haemul Pajeon pun sudah kira okay.... ehehehe
Di bawah ini resepinya.
Bahan-bahan Lempeng
5 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1/2 cawan air
Sedikit garam
Bahan-bahan Basah
Daun bawang
Isi udang/sotong/ketam
Caranya
1. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung bancuh seperti cekodok tak terlalu cair dan pekat. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
2. Campurkan semua bahan basah dan kacau sebati dengan adunan tepung tadi.
3. Gunakan kuali leper dan letak sedikit minyak masak dalam 2 sudu. Apabila minyak sudah panas bolehlah letakkan adunan tadi.
4. Siap untuk dihidangkan.
Kalau ada pencicahnya boleh makan bersama dengan lempeng ini. Mudahkan resepinya, kalau rindu makanan bumi sonata ini bolehlah cuba resepi ini. Resepi ini aku rasa sesuai juga untuk yang tengah berdiet boleh kurangkan makan makanan yang berkarbo. Minyak pun kurang digunakan, memang resepi sihat.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya