Subscribe Us

Penjagaan Rambut Untuk Yang Bertudung

Assalamualaikum,

Hari ini nak bercerita mengenai rambut. Penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung amatlah penting. Kadang-kadang tu bila kita tengah buat kerja kepala mulalah gatal, lepas tu nak garuk amik pen tonyoh dalam tudung baru lega. Kalau setakat nak tekan-tekan dengan jari je memang tak hilang gatal tu pun.... perrgghhh!

Bagi memastikan rambut kita halus dan kulit kepala tidak berkelumur, rajin-rajinlah buat rawatan di salon rambut bukan sekadar guna syampu saja. Sebenarnya banyak faktor yang berbeza untuk mendapat rambut yang sihat, berkilau dan kuat. Tak payah susah-susah zaman sekarang ini pilih sahaja salon yang mempunyai kepakaran tentang rambut pasti puas hati dengan hasilnya. Dari kita terus menukar syampu tapi rambut makin rosak buat apakan, jangan amik risiko itu ya kawan-kawan! Rambut kita juga memerlukan rehat dan perhatian.

Tadaaa! inilah salon rambut yang selalu aku pergi untuk dapatkan rawatan rambut aku. Memang bagus dan professional servisnya. Kalau siapa nak cuba boleh datang ke Siti Salon AlZahrah ini... salon ini khas untuk wanita sahaja ya!
Kalau rasa rambut leper, berminyak, berkelemumur, kembang dan kering bolehlah buat rawatan rambut disini. Boleh juga buat treatment relaxing, rebonding dan henna. Banyak lagi rawatan yang boleh kita dapat di sini. Macam-macam ada. Mari kita check jenis masalah rambut bagi orang perempuan yang bertudung.
Pada masa sekarang ini pelbagai rawatan boleh di buat untuk mengatasi masalah rambut. Pilih sahaja salon yang berkemahiran dan terbaik untuk memastikan kita mendapat hasil yang terbaik juga 😊

Di sini Aku selalu buat rawatan henna bagi melebatkan rambut, menyihatkan dan menguatkan akar rambut selain untuk mengurangkan kelemumur.
Selain untuk mencantikkan rambut henna ini juga dapat menyejukkan kulit kepala, jadi kuranglah sakit kepala. Setiap bulan aku buat treatment ini, ya rambut kita juga perlu belaian manja dan rehat secukupnya seperti badan kita. Harganya taklah mahal untuk rawatan ini, mengikut panjang, pendek atau lebat rambut kita.

Ini ada sedikit tips penjagaan rambut dari Siti Salon AlZahrah:
Bagi yang bertudung rambut kita selalu leperkan sebab memakai tudung dalam jangkamasa yang lama. Boleh cuba rawatan relaxing yang bagi aku berbaloi. Selepas rawatan rambut kita berkilau dan lembut memang terasa kelainannya. 

Wajib bagi wanita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dari hujung rambut hingga ke kaki untuk diri sendiri. Jangan rasa membazir untuk melabur untuk diri sendiri kerana "Dirimu begitu berharga". Masa sihat inilah kita perlu melakukan aktiviti yang boleh melegakan ketegangan diri dan buatlah sesuatu yang menggembirakan hati kita untuk memperlambatkan proses pengaratan.... hahaha

💓💓💓

ps. aku sangat rekomen salon ini, memang best servisnya.

Wanita itu juga penyejuk mata dan hati. Bila wajah kita berseri dan segar siapa yang tak suka tengokkan!

Catat Ulasan

0 Ulasan