Subscribe Us

Things To Do In Temerloh : Selera Patin Bangau, Amani Vanilla Temerloh Dan Warong Selai

Assalamualaikum,

Sejak COVID-19 melanda seluruh dunia, ramailah yang keluar melancong dalam negara sahaja. Pergi sana sini semuanya sesak dengan pengunjung dari serata negeri. Gelombang jalan-jalan cari makan dan short trip sekarang ini sedang melanda seluruh Malaysia dan alasan ini baik juga untuk industri makanan dan pelancongan negara kita disamping dapat menjana ekonomi penduduk setempat dan negara 😊

Dalam short trip aku kali ini ke Temerloh. Tempat makan selesa dan suasana kampung. Makanan sedap dan pedas. Pelbagai makanan jalanan. Boleh dicuba jika berkunjung ke Temerloh ini.

Ada 3 tempat yang aku sudah sampai.

(i)

Selera Patin Bangau

Ikan patin tempoyak ini lembut isinya dan padat. Memang menyelerakan bila makan dengan sayur dan nasi panas.

Di Selera Patin Bangau ini popular dengan masakan ikan patin masak tempoyak. Kalau sudah berkunjung di Temerloh memang tidak sah kalau tak cuba patin masak tempoyak ini. Disini ikan patin masak tempoyaknya pedas, kalau nak makan jangan amik kuah makan ikan saja. Jangan risau bukan saja ikan patin tempoyak saja yang ada disini, pelbagai pilihan lauk juga disediakan.

Jangan rasa pelik jalan masuk ke restoran ini memang lalu kawasan rumah orang, silap-silap ingat rumah orang ada kenduri. Tapi hakikatnya rumah berwarna kuning itulah restoran Selera Patin Bangau.... ehehehe 

Alamat: Selera Patin Bangau, Kg Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang
No Tel: 013-9964100
Ditutup setiap hari isnin

(ii)

Amani Vanilla Temerloh
Dulu selalu berangan nak ada kebun tepi rumah yang tersusun, kalau nak masak just petik saja dari kebun tepi rumah itu bestkan... berkunjung ke Amani Vanilla Temerloh ini barulah tahu macam mana rupa dan ciri pokok vanilla ini. Seronok juga jalan-jalan cari makan sambil mendapat ilmu dan pengetahuan.

Selain dari aiskrim vanilla disini juga ada menu baru. Aku dah cuba korang bila lagi! Memang terangkat ubi kayu rebus cecah gula kabong dan Kopi'O' Vanilla mantoppp!!

Alamat: Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 7.00 petang
No Tel: 018-9137311

(iii)

Warong Selai
Warong Selai ini berkonsepkan instagrammable cafe, warong yang vintage dan klasik.

Menu disini semuanya simple saja. Untuk makan tengahari di Warong Selai ini kami memilih menu nasi putih + ayam geprek dan dessert marble cake. Ada juga menu ayam penyek disini. Kalau nak berkunjung ke sini kena datang cepat sebab makanan disini cepat habis dan ramai yang berkunjung di warong ini.
Memang sesuai kalau nak berchatting dan bersantai disini sambil melihat barang-barang vintage yang dipamerkan.

Alamat:  Lot 4172, Jalan Maran, Batu 4, 28000, 28000, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: 8.30 pagi - 6.00 petang
No Tel: 012-3501032
Ditutup setiap hari isnin


😋😋😋😋😋
Beberapa aktiviti atau waktu buka di restoran mungkin telah berubah kerana langkah berjaga-jaga COVID-19. Sila periksa dahulu media sosial restoran untuk mendapatkan maklumat terkini sebelum menuju ke destinasi!

Catat Ulasan

0 Ulasan