Assalamualaikum,
Cerita dari rak novel peribadi. Seindah Cinta Kapten Mukhriz adalah mini novel dan versi limited edition yang diterbitkan oleh penulis sendiri.
Sinopsis:
Ariana: Habib jangan risau kepercayaan Arin pada habib tak pernah goyah sebab habib pernah cakap walau datang wanita secantik bidadari syurga habib tetap pilih Ariana Dahlia kan.
Mukhriz: Selain Allah, Rasul dan ibu, Ariana paling istimewa dihati habib. Arin, habib tak mampu hidup tanpa seorang Ariana. Sekuat mana habib cuba.. Habib tetap tak mampu mengusir kerinduan dan cinta habib buat Arin.
Rabiatul Adawiyah: Mukhriz... Awak seorang lelaki, suami dan seorang hamba Allah yang kuat hatinya kental jiwanya. Jangan pernah biarkan syaitan menghancurkan tembok kekuatan yang awak bina. Mukhriz... DIA akan selalu mendengar doa awak. Jangan pernah berhenti meminta.
🔎🔎🔎🔎🔎
My review:
Kisah kali ini menguji kesetiaan percaya, kesabaran, kasih sayang dan tanggungjawab Mukhriz kepada cinta hatinya Ariana.
Rezeki Ariana kerana dipilih menjadi salah seorang doktor sukarelawan dalam misi kemanusiaan di Kenya. Walaupun Mukhriz tiada halangan untuk melepaskan Ariana dalam misi itu tapi hatinya tetap berat dan separuh redha untuk melepaskan isteri tercinta pergi. Takut keselamatan Ariana terancam di sana tanpa Mukhriz ada mengharunginya bersama.
Malang tidak berbau dalam perjalanan ke kem untuk misi perubatan di Mogadishu, kenderaan yang Ariana naiki telah diserang hendap dan Ariana turut tercedera sehingga Ariana koma (nasib baik tak noktah lagi... ok sambung balik). Berita buruk itu sampai jua kepada Mukhriz dan keluarga Ariana dan bertambah sedih lagi ketika itu rupanya Ariana mengandung 2 bulan. Mukhriz dan Izzudin sudah tidak senang hati esoknya mereka bergegas ke Wisma Putra meminta bantuan untuk membawa kembali Ariana ke tanah air.
Akhirnya Ariana dirawat di Hospital Angkatan Tentera. Mukhriz tidak pernah jemu merayu dan menyalurkan perasaan kasih sayang dan cintanya kepada Ariana. Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat untuk datang menjaga si isteri yang koma. "Dia amanah saya. Saya dahan dia, dia bergantung," itu yang selalu diungkapkan oleh Mukhriz, yang sanggup berkorban untuk menjaga Ariana yang terlantar sejak 5 bulan yang lalu. Bagi Mukhriz setia, cinta dan kasih sayangnya tak pernah tergugat dan dia tetap sabar menunggu bidadarinya bangun dari lena dan bersama melihat anak yang bakal lahir nanti.
Pada Mukhriz, apa yang dia lafaz sewaktu ijab kabul dulu, dia cuba tunaikan sebaik mungkin. Soo touching! Lima bulan yang menguji kehidupan baru Mukhriz cukup memberi tekanan terhadap emosi Mukhriz namun setelah bergantung kepada Allah dan Al-Quran, Muhkriz akui mampu menanganinya dengan lebih tenang. Rabiatul Adawiyah datang sebagai sahabat yang sentiasa membakar semangat Mukhriz untuk terus tabah. Dalam keadaan ini Rabiatul Adawiyah tak ambil kesempatan untuk menjadi pendamping Mukhriz walaupun dia di offer oleh keluarga Mukhriz dan Ariana. Nasib baiklah Rabiatul tu seorang sahabat yang memahami. Oleh kerana itulah bila Leftenan Fadhil nak move step forward cepat saja Rabiatul cantas. Mereputlah Leftenan Fadhil nak ikat Rabiatul Adawiyah itu...hahaha
Akhirnya Mukhriz tersenyum puas bila sang bidadari yang ditunggu selama ini telah bangun dari lena yang panjang. Tak dapat digambarkan betapa syukurnya Mukhriz bila Allah pulangkan semula cinta hatinya.
Apa kata aku:
Sangat terharu baca citer ini dari awal sampai habis.
** Terharu bila penulis masukkan elemen kemanusiaan dalam cerita ini. Ya, cerita di Mogadishu tu memang cerita benar, semasa Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti ke sana. Al fatihah kepada teman yang telah terkorban itu. Hayatilah bila Sophie Sophilea jalinkan kisah itu dengan Dr Ariana Dahlia.
** Terharu sebab Mukhriz boleh jatuh cinta lagi dan terus setia, diari Ariana sebagai pengubat rindu sedangkan Ariana terkujur sepi.
** Terharu sebab keikhlasan cinta Mukhriz akhirnya dapat dibuktikan kepada Ariana!
** Sedih bila baca part Mukhriz tengok keadaan Ariana yang tidak berdaya dan kaku.
** Sedih baca bila betapa Mukhriz tak mampu hidup tanpa Ariana.
** Sedih baca bila Ariana bangun dari lenanya yang panjang. Hanya nama Muhkriz saja meniti dibibir Ariana.
** Sedih baca bila Ariana tidak mampu mengingati kejadian yang menimpa dirinya!
It’s all about LOVE. Sebuah kisah cinta yang membuai perasaan! tapi jalan citer takde la serius or meleleh-leleh dari awal bab. Awal-awal bab tu, santai jer. Tak berat sangat. Sebuah cerita yang simple nama pun mini novelkan.
ps:
Ini sequel yang ke 5 dari novel Anugerah Terindah (Dia Yang Terindah, Kau Yang Terindah, Dialah Di Hati dan Anugerah Terindah Istimewa Aidilfitri). Anugerah Terindah telah diadaptasikan dan ditukarkan kepada tajuk "Sayangku Kapten Mukhriz".
Penulis mana yang tidak bahagia bila tulisannya atau novel tulisannya diangkat ke layar perak dan ditonton oleh semua orang. Kini bukan lagi hal yang tabu jika seorang pengarah membuat drama/filem yang diadaptasi dari sebuah novel dan responnya sangat luar biasa. Penggemar-penggemar dari sequel novel tersebut sangat menanti-nanti akan jadi apa karya penulis 'favourite'nya bila dijadikan sebuah drama/filem.
Creative Skill Solution Sdn Bhd telah membawa drama Anugerah Terindah dengan konsep yang bertemakan religion dan kehidupan sehari-hari terutama yang berkaitan erat dengan kehidupan dalam sebuah rumahtangga yang mengisahkan kehidupan keluarga yang dibina oleh sepasang suami isteri Mukhriz dan Ariana. Drama ini mendapat respon yang cukup banyak, kerana jalan ceritanya ada gembira dan sedih yang boleh membuat setiap penontonnya merasa larut dalam masalah yang disajikan dalam drama tersebut.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya