Subscribe Us

Nuh by Wawa Taufik

Assalamualaikum,

Dari rak novel peribadi. Novel ini juga versi limited edition yang diterbitkan oleh penulis sendiri. 

Kalau datangnya dari penulis Wawa Taufik tak sah kalu jalan ceritanya tak sweet dan sawitt. Semut pun tak ada bran nak hurung kalau baca cerita ini semua KO dulu sebab terlalu manis sangat... ehehehe

Sinopsis:

Dia dan Hana mungkin berbeza.

Mereka berbeza tingkah juga cara.

Namun dia yakin, perbezaan itu hanya akan dapat dirapatkan jurang apabila mereka disatukan.

"Saya suka awak...awak suka saya...kita kahwin nak?"

Sudikah dia menerima lamaran seselamba itu?

Ada ke yang buat kerja macam tu?

Tengku Maimun pula bagaimana?

Adakah bondanya itu ada rancangan lain untuknya sama seperti yang diatur untuk Luth?

Kuatkah dia nak melawan seperti Luth?

Payah!

Kerana dia adalah Tengku Nuh Ebrahim. Anak bonda yang paling menurut kata.

💗💗

Touch of love!

Firstly, suka dengan material kertas kuning ini. Mudah nak dikelek dan ringan jer bila dipegang. Baru ada bau buku namanya...Macam baca novel Bahasa Inggeris plak kannn.... ehehehe

Ok, novel Wawa Taufik kali ni memang lain sikit sebab kali ini heroin dia yang terlebih berani ngorat si hero yang pendiam mcm semut. Dalam novel Nuh ini  langsung tiada adegan sweet-mweet ala-ala minta potong kaki. Romantik dan sweetnya dengan cara yang tersendiri macam Nuh juga dalam diam jer. Cerita ini plak tak complicated aku suka dengan jalan citernya yang ringan dan ringkas cepat habis baca... suka sangat.

Secondly, novel nie tak payah skip terus pergi belakang which is part last happy-ever-after bila dah bosan/malas nak baca, ataupon jenis lagi satu dapat je novel terus baca part last baru ada enthusiasm untuk baca. Hehehe. Sebab bila baca novel ini kita tak boleh stop dan nak tahu apa yang jadi seterusnya. So, by hook or by crook, you have to read the whole chapter in this novel. Skipped was not allowed. Ini aku puji penulis dia Wawa Taufik.

Next, in this novel you may learnt how Fazhana dalam brutalnya mengajak Nuh solat dan sekaligus jadi imannya. Kat sini boleh nampak macam mana Fazhana nak test Nuh nie masih lagi hidup cara Islam atau tak. Aku rasa ni sweet moments jugak untuk mereka berdua. Oh boleh nampak tau Fazhana banyak mempengaruhi/perubahan dalam hidup Nuh. Nuh yang malu-malu dan pendiam pun dah mula berani nak luahkan dan pamerkan perasaan dia kat Faz tu. Faz pula memang gila-gila, suka mengusik dan over berani.

Lastly, aku suka novel ni sebab perempuan tu yang pinang Nuh personally. Ia bukan perigi cari timba sebab Siti Khadijah binti Khuwailid R.A. pon dulu meminang Nabi S.A.W. Kalau dah memang Nuh tu cukup segala sifat untuk menjadi seorang suami yang baik dan mampu membimbing Faz, why not girl make a move. Tak salah, tak berdosa pon cuma adat dan budaya kita je yang menganggapnya sebagai pelik or whatsoever.  

Part cameo kemunculan hero terutama LUTH dan Fadh Hayyan dah tentu ada dalam ini citer maklumlah adik-adik dorang kan. Teruja sekejap. 

Nuh yang pendiam
Nuh yang tampan
Nuh yang seksi
Nuh yang naif tentang cinta
Nuh yang bila berada disisi membuatkan dia rasa tenang
Nuh yang menerima segalanya
Fazhana benar-benar jatuh cinta kepada suaminya itu!

Fazhana yang nakal
Fazhana yang brutal
Fazhana yang tegas
Fazhana yang sentiasa mempertahankan haknya
Fazhana yang tak henti-henti menggoda
Fazhana yang nak bermanja, tak kira masa
Buat seorang Nuh tergoda dengan kerenah isterinya itu!

Salah satu petikan dalam NUH;

1. Rentetan babak Fazhana berani mati melamar Nuh untuk dirinya sendiri. Aja...aja... fighthing betul Faz nie kannn...

"Kalau dah suka... maknanya awak dah jatuh sayang kat sayalah kan?" Dengan muka tak berapa nak tahu malu, dia menyoal lagi Nuh.

Sekali lagi lelaki itu menganngguk.

"Hah! Kalau saya melamar awak...awak sudi?"

Mata Nuh sudah terkebil-kebil. Tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar itu.


2. Bila Nuh menjawab lamaran Fazhana... romantis tau!

Sebaik sahaja cebisan terakhir dikoyak dan ditanggalnya dari kotak tersebut, jelas pada pandangan matanya perkataan Bvlgari. Hatinya semakin berdebar-debar.

Bersama-sama dengan kotak berwarna hitam itu adalah sekeping kad bersaiz 3x3 inci yang berlipat dua.

Tangannya mengangkat kad tersebut lalu membuka lipatannya.

"This is my pre mahar for you. And yes, I accept your proposal. Be my wife and be my 'someone'."

Telapak tangannya spontan naik menutupi mulutnya yang sudah terbuka luas. Tak sangka! Dan tak percaya... Nuh menerima lamarannya itu.

ps:
Ini bukan Nuh ya. Ini The Boyz Jacob kpop idol sebab sukakan senyumannya bolehlah letak kat sini gambar dia sorang.... sweeett!

Catat Ulasan

0 Ulasan