Assalamualaikum,
Sudah lama tak penulis di blog ini. Entah apa yang aku sibuk masa PKPP ini tak tahulah. Oh mungkin mood nak menulis ke laut kan. Hari ini masih lagi dalam situasi pandemik. Masih lagi bekerja mengikut jadual dari "work from home" dah bertukar ke "work from anywhere" akulah tu... ehehehe
Hari ini aku nak citer sikit mengenai norma baru temuduga di SPP. Baru-baru ini anak buah aku dapat email untuk temuduga sebagai Pembantu Operasi di SPP. Panjang juga arahan yang perlu untuk temuduga itu. Sekarang ini tidak perlu ke pusat temuduga, ambil nombor dan beramai-ramai menunggu sorang demi sorang untuk masuk ke bilik temuduga.
Sekarang, hanya perlu mengisi borang yang diberikan melalui atas talian, upload video dan hantar melalui google drive. Mudah bukan. Jimat kos tambang ke Putrajaya dan tak penat nak menunggu giliran untuk ditemuduga. Norma baru, inilah gunanya konsep digital bila lagi kalau bukan sekarang untuk diaplikasikan.... saya suka perubahan ini!
The Boyz Juyeon, Saranghae 💓
Disini aku senarai apa yang perlu dibuat untuk sesi temuduga secara online ini. Semoga dapat memberi sedikit panduan untuk mereka diluar sana menghadiri temuduga online ini.
Bermulalah aku dan kakak aku menyiapkan backdrop untuk shooting video kena cari lokasi dinding yang cantik sikit dalam rumah ini, kerusi yang selesa (jangan pakai kerusi pengantin plak ya... ehehehe), lighting dan yang paling penting smartphone.
Soalan telah disediakan oleh SPP hanya perlu menjawab 8 soalan dan durasi video adalah dalam tempoh masa 3-5 minit sahaja. Sedikit kemahiran perlu untuk menyiapkan video ini, bagi aku kalau untuk generasi Y dan Z ini tak jadi masalah sebab generasi sekarang memang dah biasa bercakap depan camera dan selalu buat live.
Dibawah ini adalah soalan yang perlu dijawab oleh calon.
1. Terangkan latar belakang diri anda.
2. Apa yang anda faham tentang jawatan ini dan kenapa and memilih jawatan ini.
3. Nyatakan kemahiran yang perlu ada untuk bekerja dalam jawatan ini?
4. Terangkan 2 amalan yang baik sebagai penjawat awam dan bagaimana amalan tersebut dapat diterapkan ketika anda menjalankan tugas.
5. Apa yang anda lakukan apabila menghadapi masalah stress di tempat kerja?
6. Jika saya dipilih, apakah yang dapat anda sumbangkan kepada jabatan/organisasi?
7. Adakah and bersedia untuk bertugas di luar negeri kelahiran anda.
8. Berikan sebab-sebab kenapa anda patut dipilih?
Dan diakhir video calon perlu buat pergerakan tangan dan kaki pada penghujung video (contoh : berlari setempat, bergerak 6 langkah ke hadapan dan ke belakang atau sebarang perbuatan lain) Dilarang buat tarian seperti tarian zapin eh! Contoh seperti gambar dibawah ini.
Jelas tak? Rasanya taklah susah sangat pun. Lagi bagus macam ini taklah kena panic attack dan seram sejukkan sampai nak kena tenangkan diri. Zaman dah berubah kita mestilah kena ikut perubahan zaman kan.
Kepada semua calon aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat kerja yang dimohon. Doa, tawakal dan berusaha itu yang penting. Adioosss.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya