Subscribe Us

Brisk Walking - 10,000 Steps

Assalamualaikum,

Cerita dua hari lalu - Ingat subuh-subuh lagi nak keluar brisk walking tapi hujan sejak jam 4.30 pagi. Tak jadi nak tarik kakak aku keluar awal, tunggu hujan berhenti dulu sambil sediakan meehon goreng buat sarapan. Sudah lama tidak buat aktiviti ini, sesekali kena juga keluar sambil cuci mata dan ambil oksigen diluar demi untuk kesihatan diri. Nasib baik tak pitam dibuatnya.
Sempat juga bertegur sapa dengan para pengunjung di Laman Iskandar Puteri ini. Ramai warga emas yang sibuk beriadah dan mengisi masa bersama rakan seusia mereka. 

Lebih sejam melakukan brisk walking (jenuh juga nak cukupkan 10,ooo steps ini maklumlah sudah lama tak brisk walking) otot lengan, kaki, kepala dan muka terasa segar kembali. Ingat senaman yang nampak ringan ini tidak keluarkan peluh yang banyak tapi memercik jugalah peluh keluar.

Ini tracking kami untuk brisk walking tu, harap di minggu akan datang dapat capai 15,000 steps untuk menurunkan berat badan....ehehehehe

Paling seronok lepas memeras semua otot, kita reward diri sendiri dulu dengan air teh o air limau yang sejuk lagi segarrr.... Alhamdullilah 😊

Catat Ulasan

0 Ulasan