Subscribe Us

Membaca

Assalamualaikum dan salam ramadhan al Mubarak.

PKP Hari ke - 49 

Dalam tempoh PKP ini marilah kita mencari cara untuk relax dan menjalankan aktiviti yang boleh menggembirakan kita untuk mengurangkan risiko penyakit anxiety dan stress.

Bak kata pepatah orang putih "Reading is yoga for the mind!"

Bagi aku betullah tu, kalu dapat bilik macam dalam gambar bawah ini tak keluar rumah pun memang aku lagi tak kisah... ehehehe
Membaca
Semalam sudah ramai yang sudah ke tempat kerja semula. Dah bersediakah aku nak tinggalkan bilik bacaan? Bagi aku masih lagi belum bersedia nak meninggalkan bilik bacaan kecil aku. Apakah vitamin M (baca: malas) sudah meresap dalam tubuh aku. 

Sekarang ini dah terasa seronok work from home sebab bebas bila-bila masa boleh membaca novel dan buku kegemaran yang ada depan mata jer...huhuhu

Semoga diberi semangat baru dan jangan lupa cuci tangan, pakai face mask dan guna hand sanitizer selalu.

Selamat bertugas yang sudah kembali bertugas, jaga diri ya! 

Catat Ulasan

0 Ulasan