Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al Mubarak,
13 Ramadhan
PKP Hari Ke 50
Masa berlalu begitu pantas ya! tahu-tahu saja sudah masuk ke pertengahan ramadhan dah sudah genap 50 hari PKP.
Sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama membaca Al Quran dan menghayati setiap kisah ayat yang kita baca. Semoga hati dan minda kita sentiasa dalam keadaan lindungan Allah dan mendapat ketenangan jiwa.
Inilah salah satu hikmah Covid 19, stay at home dan Allah beri kita kesempatan untuk meluangkan masa untuk kita membuka semula Al Quran dan membacanya kerana Al Quran merupakan syafaat di akhirat kelak.
Aku nak share sedikit untuk pastikan kita dapat baca Al Quran setiap hari walaupun satu surah sahaja. Tips ini pun aku dapat dari pinterest semoga dapat memberi manafaat kepada kita.
Isnin : Surah Ad Dukhan
Selasa : Surah Al Hasyr
Rabu : Surah Al Waqiah
Khamis : Surah Yassin
Jumaat : Surah Al Kahfi
Sabtu : Surah As Sajdah
Ahad : Surah Al Mulk
*Setiap hari lepas solat subuh bacalah Surah As Sajdah.
Selamat beramal semua, semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. Aamiin, Ya Mujib.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya