Subscribe Us

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Hari ini bermulalah semua umat Islam sedunia menyambut bulan ramadhan yang dirindui. Semoga ramadhan tahun ini lebih berkah dan dilimpahi Rahmat oleh Allah swt. Aamin, Ya Mujib.

PKP di Malaysia dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020 ini bererti bulan puasa tahun ini semua rakyat Malaysia berada di rumah. Bagi aku ini adalah rezeki dari Allah, tahun ini dapat menjalani ibadah puasa di rumah tanpa tergesa-gesa untuk pulang mencari juadah di bazar ramadhan. Aku suka maklumlah boleh berpuasa dengan santai dan inilah salah satu dari impian aku selama ini.

Cuaca hari ini sangat baik. Sebelum ini cuaca begitu panas tapi hari ini mendung dan nyaman. Inilah dinamakan keberkatan bulan ramadhan kan.

Semoga ibadah aku dan teman-teman pada ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Aku doakan kita sama-sama dapat mengerjakan ibadah dengan lebih fokus dan lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Sempena bulan baik ini marilah kita sama-sama berdoa supaya negara kita menang melawan Covid 19 dengan segera.

ANEKDOT
Ini menu bersahur pagi tadi. Mee goreng dan kopi O berselera makan.
Menu berbuka pula ringkas saja.
Nasi putih
Ikan goreng sambal
Sayur kobis masak lemak
Bubur pulut hitam
Kopi O

Tiada bazar ramadhan, semua masak sendiri lagi sihatkan.

Semoga tahun ini dapatlah aku menurunkan berat badan... ehehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan