Assalamualaikum semua,
Salam kasih sayang, semoga kita semua selalu dalam Lindungan Allah swt selalu..
Hari ini aku nak cerita sikit cara nak bershopping barang keperluan semasa PKP ini. Ya Allah memang rasa terseksa cer tengok gambar kat bawah ini, beratur! ya beratur dari luar pintu masuk kedai lagi ya. Nasihat aku kepada pesakit diabetes baik bawak bekalan air dan gula-gula siap-siap untuk persediaan daripada hypoglyccaemia.
beratur selama 1 jam |
Aku tak sangka kena menunggu giliran untuk masuk membeli, mengambil masa selama lebih dari 1 jam kerana peraturannya dihadkan hanya dalam 30 orang setiap 30 minit untuk membeli barang keperluan. Masa ini kepala aku dah rasa pening, berpeluh, mengigil, cemas dan mula rasa nak sesak nafas. Nasib baik aku ada bawak gula-gula dan tarik nafas pelan-pelan untuk bertenang, thanks Allah! rasa lega sedikit. Aku cuma takut jatuh pengsan saja, yelah dahlah esok sudah bermulanya puasa jadi banyak barang keperluan yang harus dibeli.
Dapat sahaja masuk kedai terus grab air manis dalam peti ais minum, fuhh memang lega sangat dan terus sahaja beli apa yang patut. Rasa memang cepat-cepat nak balik rehat di rumah. Memang PKP ini banyak merubah cara hidup kita. Semoga Covid 19 ini segera pulih dan kita dapat menjalani aktiviti seharian seperti biasa dan bebas.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya