Assalamualaikum,
Semoga semua yang sedang berjuang duduk diam-diam dirumah sentiasa dilindungi dari wabak ini.
Ya, hari ini Perdana Menteri umumkan lagi lanjutan lockdown dari 15 - 28 April 2020. Maknanya bulan ramadhan tahun ini pertama kali dalam keadaan lockdown. Bagi aku alhamdullilah dapat berpuasa dalam keadaan masih work from home. Tak perlulah nak berkejar untuk masak juadah berbuka. Thanks Allah! Disebalik ujian itu mesti ada hikmahnyakan.
Perlanjutan Movement Control Order (MCO) ini membolehkan pihak kerajaan untuk membuat arahan dari masa ke semasa atas faktor keselamatan untuk semua rakyat Malaysia. Setakat ini masih belum lagi ada arahan perintah berkurung, cuma menghadkan pergerakan.
Kita masih boleh lagi membeli-belah barangan harian, mendapatkan bantuan perubatan dan agensi yang dipilih boleh bekerja tapi dalam bilangan staff yang terhad atau kerja dari rumah sahaja.
Harapan semua rakyat Malaysia berharap wabak ini segera pulih dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Dibawah ini gambar PM buat pengumuman lanjutan MCO ihsan dari Astro Awani.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya