Subscribe Us

Ustaz Kazim : Doa

Assalamualaikum...

Bismillah,

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dalam apa jua keadaan kita senang mahu pun susah. Tawakal, doa dan usaha, tiga magic words ini sentiasa dipegang dalam kehidupan kita seharian sebagai bukti kepada yang maha Esa hanya bergantung kepadaNya sahaja.

Sebagai manusia antara tujuan kita berdoa adalah:
  • Sebahagian usaha untuk memperoleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat
  • Bukti penyerahan hamba kepada penciptaNya
  • Berdoa ibadat yang disukai oleh Allah SWT
(Credit : Kepentingan doa)
Pagi tadi sempat dengar ceramah Ustaz Kazim... ada sentuh mengenai ayat 1 Surah Al-Fath.

Inna Fatah na Laka Fat hamMubina.

Ayat ini sangat elok diamalkan terutama di masa kita nak membuka sesuatu yang sukar atau susah. 

Contohnya seperti hendak membuka tutup botol yang sangat ketat atau masa tiber terkunci pintu rumah yang kunci tertinggal dalam rumah pulak... dah tentu panik attack datang kan...bolehlah baca ayat ini. Insha Allah boleh buka. Tak payah nak baca jampi macam dalam citer Ali Baba itu... ehehehe

Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, eloklah para suami amalkan ayat ini sebagai selusuh bagi permudahkan isteri bersalin. Baca ayat ini dan bagi isteri minum di Labor Room. Insha Allah, Allah permudahkan. Yang penting kita KENA YAKIN PADA ALLAH. 

Ayat ini juga boleh dibaca untuk melembutkan hati seseorang. Amalkan selalu berdoalah agar hati si polan yang dihajati akan dilembutkan hatinya. Marilah kita beramal dengan ayat-ayat Al-Quran. Tawakal, doa dan usaha.

Doa itu senjata orang mukmin, berdoa dan yakinlah kepada Allah swt tanpa bergantung kepada makhluk yang lain. Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dilindungi olehNYa. Aamiin.

Kredit : Majalah Ilmu

Catat Ulasan

0 Ulasan