Assalamualaikum
Salam kemesraan...
|
ceria nak tgk haiwan... hahaha |
Rancangan kami sebenarnya nak melawati Zoo River Safari tapi ditutup pula buat sementara waktu. Dalam proses baik pulih. Melepaslah nak explore di Zoo River Safari. Sedih. Kami selanjutnya ke plan B melawat Zoo Singapore yang terletak bersebelahan saja dengan Zoo River Safari itu.
|
pintu masuk nak ke zon taman haiwan |
Zoo Singapore ini ditubuhkan pada tahun 1973, Zoo ini diikhtiraf sebagai "Zoo Hutan Hujan Terbaik Dunia". Konsep di zoo ini adalah berkonsepkan bebas. Haiwan di sini berkeliaran secara bebas, habitatnya terbuka dan natural. Zoo Singapore ini merupakan taman binatang yang terkenal dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama bagi negara Singapore.
|
memerang yang mesra |
Zoo Singapore ini mempunyai 11 zon, di setiap zon kita akan melalui beberapa hidupan liar di seluruh dunia yang unik. Tempat pertama yang kami singgah ialah di zon Australia. Kami dapat melihat kangaroo sedang makan dan ada kangaroo yang baru sahaja melahirkan anak. Macam manalah kangaroo ini boleh sesuaikan dirikan di Singapore ini.
|
Kangaroo laporr |
Zon-zon lain di taman binatang ini ialah Primate, Reptilia Garden dan tempat berlindungan kura-kura yang semakin pupus. Kalau nak berjalan dalam zoo ini memang tak larat. Kawasannya agak luas dan besar, kita boleh tunggu tram dan turun di zon yang kita kehendaki.
Ini antara zon yang kami singgah. Banyak juga haiwan yang dah lama tak jumpa, jumpa kembali. Annyeonghaseyo! hahaha... Haiwan di sini dipelihara dan dirawat dengan baik sekali. Kurang bau najis di sini walaupun ada juga haiwan yang bebas berkeliaran dari habitatnya.
|
buaya di bawah jambatan |
|
Tapir |
|
Kuda |
|
haiwan berdarah sejuk...komodo geli |
Beruang kutub pun ada juga, tapi tak ambik gambar pun sebab tengok beruang itu tidur jerr. Nak tunggu berenang pun takde. Ini antara haiwan yang ada lagi di zoo ini.
|
harimau putih |
|
baby landak |
Kami di sini setengah hari saja, nak cari makan tengahari dan bershopping di sekitar Arab Street. Nasib baik setengah hari saja di zoo dapat jugalah berehat cepat di hotel lepas makan dan shopping.
Bagi aku Singapore Zoo memang sesuai untuk buat aktiviti keluarga. Boleh ajar anak-anak mengenal alam semulajadi dan haiwan yang semakin pupus.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya