Subscribe Us

Things To Do In Seoul : Petite France Garden, Gapyeong

Assalamualaikum,

Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...

Kalau di Malaysia kita ada Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang di Korea pula ada Petite France Garden yang berkonsepkan senibina Perancis dan juga berada di tanah bukit tinggi serta menghadap alam semulajadi yang berwarna-warni.
Petite France Garden
Pagi lagi kami sudah sampai ke Petite France Garden, Gapyeong. Sebelum menuju ke Pulau Nami di daerah yang sama juga kami singgah dahulu di Petite France Garden. Mari kita jenguk apa yang ada di Petite France Garden ini. Muka pun masih berseri dan fresh lagi kami antara pengunjung paling awal sampai.
Ini zon foto boleh mengambil gambar macam pelakon : Kim Soo-hyun dan Jeon Ji-hyun.
Perjalanan ke Petite France Garden ini, kami dihidangkan dengan pemandangan yang menyejukkan mata dan kami kagum sungguh dengan keindahan ciptaan Allah swt ini. Di Petite France Garden, kami boleh melihat gunung-ganang yang diserikan dedaun pokok yang berwarna-warni ditambah lagi dibina di kawasan tanah tinggi yang menghadap tasik dan gunung-ganang. Breathtaking view! 
tengoklah view memang tenang sambil minum secangkir enghlish tea... ehehehe
Taman ini boleh dikatakan salah satu tempat bercuti yang terbaik dan juga amat sesuai untuk melepaskan tekanan selepas sekian lama bekerja. Untuk masuk masuk ke taman ini dikenakan bayaran sebanyak 8,000 won untuk orang dewasa. Bagi remaja dan kanak-kanak kurang pasti berapa harganya, so carilah sendiri ya. Kalau sampai di Seoul ini datanglah ke Petite France Garden sebab lokasi ini antara salah satu tempat pelancongan yang paling ramai dikunjungi!
Pemandangannya mengadap kawasan pergunangan. Senibina di taman ini sudah tentu berbeza dengan senibina dari Korea. Konsep bangunan di Petite garden ini adalah bercirikan senibina Perancis. Ia mempunyai 16 buah bangunan dan 23 pit stops. Mengikut information di sini, taman ini berkonsepkan daripada bunga, bintang dan The Little Prince. Oleh itu, kita boleh menemui sebuah dewan peringatan khusus untuk Antoine de Saint-Exupery, pengarang novel Perancis yang terkenal iaitu Le Petit Prince (1943).

Petite France Garden ini mempunyai 34 bilik tamu yang boleh menampung sehingga 200 orang pengunjung. Menurut Hakim, pelajar Malaysia yang menuntut di Korea selalu juga menjalankan program usrah disini.


Cindrella sedang beraksi
Signature dari pelakon byk disini
Petite France Garden juga merupakan salah satu lokasi favourite untuk pengambaran kdrama. Memang teruslah terbayang aksi pelakon dalam kdrama bila tengok kawasan ini... ihikss...Antara kdrama dan variety show yang pernah dirakamkan di lokasi ini ialah Beethon Virus, Secret Garden, You Who Come From The Stars, Running Man, The Fiery Priest, The Beauty Inside, Lovely Love Lie dan banyak lagilah. Ini antara gambar yang sempat aku nampak di google episode drama yang buat pengambaran di sekitar Petite French - sumber klik sini - kdrama
Sudah habis keliling taman Petite France ini, kami bersedia pula ke Pulau Nami salah satu lagi tempat lokasi kdrama yang popular iaitu Winter Sonata. Annyong!

Catat Ulasan

0 Ulasan