Assalamualaikum,
Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah dan rezeki
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Temukanlah jodoh buat yang masih belum bertemu jodoh
Kirimkanlah jodoh yang boleh menjadi sahabat dunia dan akhirat
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...
Menurut sejarah Naminara Republic ditubuhkan pada tahun 1965. Nami Island ini berbentuk setengah bulan yang terletak di Chuncheion. Nami Island dinamakan sempena nama Jeneral Nami yang meninggal dunia setelah dituduh sebagai pengkhianat. Namiseom mengisytiharkan kemerdekaan sebagai Republik Naminara pada 1 Mac 2006 sebagai republik Naminara. Mereka mempunyai bendera, pasport, polisi diplomatik dan kebudayaan mereka sendiri dan mata wang. Tapi kita masih boleh menggunakan Korea won di sini.
bergaya di Nami Island |
Nami Island memang sudah terkenal dan rasanya banyak juga blogger memberi informasi tentang Nami Island ini. Nami Island ini terdapat dua cara untuk sampai ke sana. Pertama, boleh menaiki feri yang mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke Nami Island. Kedua dengan dengan Namiseom Zip harganya agak mahal juga dalam 38,000 won, sesiapa yang suka aktiviti mencabar bolehlah cuba. Zip ini terus ke Nami Island dan kita boleh menikmati pemandangan seluas mata memandang Nami Island yang cantik.
Pulaunya taklah sebesar Pulau Langkawi seperti di Malaysia dalam tempoh masa 3 jam saja sudah habis pusing satu pulau. Kita boleh menaiki buggy, berbasikal atau berjalan dengan santai sambil menghirup udara segar disini.
Kalau di Malaysia kebanyakkanny mengenali Nami Island melalui kdrama Winter Sonata. Melodrama ini memang terkenal dengan beratus episodenya, kepada peminat kipas mati Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo memang teruja bergambar disini. Salah satu lagi tarikan pelancong untuk sampai ke Nami Island.
Metasequoia Lane ini merupakan laman ikonik di mana Bae Yong Jun mengambil Choi Ji Woo dengan basikalnya dalam scene Winter Sonata. Metasequoia Lane cantik sepanjang tahun, kalau boleh datang 4 musim yang berbeza bergambar di sini lagi cantik.
Nami Island ini juga dikenali juga sebagai Republik Naminara, pihak pelancongan Korea sentiasa memastikan Nami Island ini dijadikan sebagai pusat kebudayaan dan tempat berlibur yang harmoni.
Kami suka berjalan di sini. Ia damai dan cantik. Kami berjalan dan melihat pemandangan sambil bersantai. Bagi aku Nami Island ini tempat yang boleh kita kunjungi setiap musim.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya