Subscribe Us

Things To Do In Seoul : Gyeongbokgung Palace Dan Gwanghwamun Square Seoul

Assalamualaikum,
Alhamdullilah sudah sampai
Touch down saja kami di bumi Seoul ini, terus kami di bawa ke Gyeongbokgung Palace. Muka pun rasanya macam terlebih flawless. Hmmm...

Kalau di Osaka kita ada Osaka Castle di Seoul pula kita ada Gyeongbokgung Palace. Macam biasa aura diRaja itu sentiasa ada dimana-mana...hahaha

Selamat datang ke Gyeongbokgung Palace, tempat yang penuh tradisi dan menikmati pemandangan istana di zaman silam. Macam iklan rempah adabi plak... ehehehe... Siapa yang nak merasa memakai baju hanbok bolehlah datang ke sini. 

Banyak kedai-kedai yang menyediakan baju sewaan hanbok disekitar istana ini yang mempunyai pelbagai pilihan dan berwarna-warni. Baju untuk lelaki pun ada. 
depan kedai sewa hanbok
Kalau nak pakai ala-ala Puteri dan Putera diRaja Dinasti Joseon bolehlah sewa hanbok nie, berbaloi juga kalau nak mencuba. Tengok manis jee bila pakai hanbok. Mana nak cari gadis manis dan bertudung memakai hanbok, hanya dari Malaysia saja tau...uhuhuhu
Ini sejarah serba sedikit Istana Gyeongbokgung yang sempat aku baca di website. Istana ini terletak di bahagian utara bandar dan paling jauh, istana ini dipilih sebagai salah satu lokasi yang paling indah di bandar Seoul. Istana ini pernah mengalami kemusnahan besar semasa Perang Imjinwaeran (Penjajahan Jepun, 1592-1598), namun dipulihkan dengan bijaksana semasa pemerintahan Raja Gojon.
serious pak guard nie
Cuaca masa ini memang cantik, suam-suam kuku. Jangan tertipu dengan cahaya matahari itu, nampak jerr bercahaya tapi sejuk. Sudah dua kali aku menjejakkan kaki ke istana ini tapi masih lagi tak ada rezeki nak tengok istiadat changing of guard parade. Sedih. Ciri Seni bina istana ini memang unik dan pemandangan dikelilingi gunung-ganang.
di bawah lantai istana ini ada tempat pemanasan, bila musim sejuk suhu di istana ini sentiasa panas
Di sekitar istana ini mempunyai taman yang besar dan cantik. Terdapat sebuah pavilion yang digunakan untuk majlis-majlis formal di Seoul yang dipanggil Pavilion Gyeonghoeru. Gyeonghoeru ini terletak di sebuah pulau buatan di tengah-tengah tasik segi empat tepat. 

Kalau di lihat dari ciri binaan pavilion ini mempunyai pengaliran udara yang bagus dan angin dari tasik ini akan menyejukkan ruang pavilion tersebut.
pavilion ini aku amik ke tepi plak yg ke tengah takde
Ini bukan taman larangan seperti cerita klasik melayu ya...taman di istana ini boleh buat photoshoot. Seperti biasa musim luruh memang cantik dengan keindahan warna yang ceria dan cerah. Tasik di sini juga tenang dan ada refeleksi cermin di air ketika kita merakamkan momen.
Di pintu keluar utama Istana Gyeongbokgung, terdapat satu lagi mercu tanda dan simbol sejarah yang panjang Seoul sebagai sebuah ibu kota semasa pemerintahan Dinasti Joseon iaitu Statue of King Sejong. 

Statue of King Sejong ini terletak di Gwanghwamun Square berdepan pintu masuk utama istana. Menurut wikipedia bermulanya sejarah Sejong Agung (7 Mei 1397 – 18 Mei 1450, berkuasa 1418 - 1450) ini merupakan raja keempat Korea dari Dinasti Joseon. Baginda juga merupakan seorang pakar bahasa yang telah mencipta aksara hangul untuk bahasa Korea, walaupun mendapat tentangan dari pihak cendekiawan yang telah dididik dalam cara hanja. 

Raja Sejong adalah salah satu dari dua raja Korea yang diberi gelaran "Agung"; raja yang lain adalah Raja Gwanggaeto. Bagi orang Korea, Raja Sejong Yang Agung ini merupakan seorang negarawan yang merubah Tamadun Korea untuk lebih maju dan moden.
dibelakang itulah statue King Sejong yg tengah berjemur...ekeke
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan King Sejong, beliau diabadikan di wang kertas 10,000 won.
Kaki pun sudah letih masa untuk makan tengahari dan check in homestay di Hongdae. Selamat tinggal Gyeongbokgung dan Gwanghwamun. Annyong!

ANEKDOT

Terima kasih juga kepada tour guide Azila (Salam Travel) walaupun sehari sahaja guide kami... ehehehe

Lagu at Gwanghwamun oleh Super Junior Kyuhyun ini merupakan salah satu lagu kegemaran aku. Suasana lagu ini dalam musim luruh, bila dengarkan dengan penuh melodrama membuatkan perasaan kita dibuai... ihiks
 

Catat Ulasan

0 Ulasan