Subscribe Us

Things To Do In Japan : Masjid Osaka

Assalamualaikum,

Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah dan rezeki
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Temukanlah jodoh buat yang masih belum bertemu jodoh
Kirimkanlah jodoh yang boleh menjadi sahabat dunia dan akhirat
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...

Homestay kami dari Masjid Osaka ini taklah jauh hanya 200 meter sahaja dari homestay. Alhamdullilah Farhan bookingkan homestay di sini sebab mudah untuk kami mencari makanan halal. Thanks Allah! taklah nak makan makanan Jepun je kan yang tak sesuai dengan tekak Melayu. Salam perantau dulu dari kami.
depan homestay
Masjid Osaka ini terletak di pusat bandar Osaka terdiri daripada 4 tingkat. Bilik untuk bersolat berasingan disediakan antara lelaki dan wanita termasuk ruang wudhuk untuk lelaki di tingkat 1 dan wanita di tingkat 2.
salam perantau dari kami
Terdapat juga kedai makanan Halal di tingkat 1 yang menjual daging Halal, rempah ratus, makanan ringan dan bahan masakan. Dekat belakang bangku biru yang bertulis "Halal Shop" itulah kedainya.
Tingkat 1-Kedai Halal Shop
Pengurusan Masjid Osaka ini terdiri dari orang Pakistan ya, bukan penduduk tempatan. Majority penduduk di sini orang pakistan jugalah, ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus menjalankan berniaga di sekitar Masjid Osaka. Jadi homestay kami dekat jugalah dengan restoran pakistan. Tauke restoran ini pemurah orangnya setiap kali kami makan mesti disedekah nasi lebih. 
menu yang sedap dicuba
Masakan dorang sedap. Kari, roti nan dan salad tu pun sedap.

Ini disekitar kawasan kediaman dan Masjid Osaka, sempat lagi kami abadikan kenangan disini. Yes, we are here!

Catat Ulasan

0 Ulasan