Subscribe Us

Things To Do In Japan : Kobe Luminarie, Japan

Assalamualaikum,

Ohaiyo gozaimasu!

Seawal pagi lagi kami sudah bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Kobe Port. Semangat seperti orang Osaka pagi lagi sudah teruja. Sepanjang perjalanan kami ke station Chibune, sempat lagi pekerja-pekerja kontrak menyapa kami dengan sapaan "Ohaiyo gozaimasu" sambil menunduk sedikit memberi hormat. Bagi aku penduduk di Osaka memang peramah cuma masalah bahasa je yang menghalang kita untuk berkomunikasi lebih dengan meraka.
homestay sebelah kanan warna putih tu... 
Ini depan homestay kami, boleh bergambar di homestay sendiri jer ya! Dan tidak dibenarkan untuk buat bising nanti menggangu jiran sebelah. Orang Jepun memang pentingkan privasi. Sebelum keluar kunci rumah diletakkan dalam box seperti peti surat siap ada password, tak perlu bawa kunci rumah merata-rata. Selamat.

Kobe Port ini merupakan pelabuhan ke empat paling sibuk di Jepun. Pelabuhan ini merupakan pelabuhan antarabangsa yang menghubungkan lebih dari 500 pelabuhan di 130 negara. Kobe Port ini bukan sahaja pelabuhan utama bahkan menjadi tarikan pelancong kerana pelabuhan ini sangat popular dengan keindahan maritimenya.
Kobe Port spt di Sydney kan
Selain melihat keindahan pelabuhan dan bandar Kobe, kami juga ingin merasai sendiri festival cahaya yang popular disini. Kobe Luminarie atau Kobe Illumination adalah festival cahaya tahunan untuk memperingati Gempa Bumi Hanshin Awaji yang berlaku pada tahun 1995. Festival ini diadakan setiap bulan Disember yang berjalan selama 10 hari dan masuk adalah percuma. 
ini End of the terowong
Perkataan luminarie adalah berasal dari bahasa Itali yang bermaksud pencahayaan. Pada setiap tahun pasukan dari Itali akan ke Kobe untuk membantu menyiapkan festival lampu ini. Warna dan reka bentuk adalah berbeza setiap tahun. Memang asyik bila kita berjalan di terowong-terowong berlampu yang disediakan ini. Yang menariknya tenaga elektrik lampu ini dihasilkan dari biomas. Memang salah satu usaha kerajaan untuk menwujudkan bahan yang mesra alam. Jepun memang kreatif dalam penjimatan sumber tenaga.
Tengok betapa sesaknya orang just berjalan je dalam terowong lampu sampai ke penghujungnya. Jangan risau kalau rasa nak terkuncil sebab di sini banyak juga disediakan tandas bergerak. Boleh je ke tepi cari tandas bergerak siap ada orang jaga lagi, kebersihannya? Sudah tentu bersih dan wangi.
senyum dalam gigil
Sempat lagi kalu nak berposing dalam kesesakan orang semakin ramai. Suhu jangan cakaplah makin sejuk. Makin gelap makin sejuk. Huh! Macam inilah suasana Kobe Luminarie bagi yang pertama kali melihatnya. Disini juga ada juga dibuka booth menjual makanan dan mainan. Nak makan takut tak halal so jamu mata sajalah (^0_0^)

Kami semua merasa seronok pertama kali merasai pengalaman manis ini. Berjalan dibawah cahaya lampu yang menawan dan di iringi oleh musik yang boleh di dengar sepanjang kami berjalan melalui terowong lampu. Hilang penat, puashati dapat tengok Kobe Luminarie.
happy!
Sekarang waktu makan malam. Makan malam kami kali ini di Kobe. Makanan pakistan sudah tentu ada nasi... yummmy! Restoran Naan Inn ini betul-betul berhadapan dengan Masjid Kobe.
Depan Restoran Naan Inn
Pramusaji yang sudah lama menunggu ketibaan kami. Orangnya peramah dan mesra.
tengah menatang gelas yang penuh...ehehehe
Jom kita order makanan. Kami sudah laporrrr!!!
muka dah order makanan... senyum segaris masing-masing
ANEKDOT

Rupanya ramai sudah rakyat Malaysia sampai di restoran ini. Maklumlah restoran ini salah satu restoran yang menyediakan makanan halal. Suka baca sticker note yang di tampal di dinding restoran ini semuanya memberi komen positif. Bagus betul auranya.
Terim kasih Shafiq dari Japan Travel Crafter menjadi tours guide kami.

Catat Ulasan

0 Ulasan