Assalamualaikum,
Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...
Moshi-Moshi!

Dua cerita tempat menarik di Kyoto.
(i) Arashiyama Bambo Forest
Arashiyama Bamboo Forest merupakan salah satu taman yang diikhtiraf oleh UNESCO World Heritage. Memandangkan kami di Osaka, Arashiyama Bamboo Forest merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati dalam itineary kami. Perjalanan dari Osaka ke Arashiyama ini mengambil masa dalam 30 minit dengan menaiki train. Jepun memang mementingkan masa, train sampai memang tempat pada masanya kalau kita terlewat sedikit memang bye-bye, hai-hai lah menunggu next train.
Station nak ke Arashiyama |
Kami hampir-hampir tertinggal train, gara-gara mencari tandas untuk berwudhuk dahulu sebelum menuju ke Arashiyama...huh! cemas berlari mengejar train.
Turun saja di Stesen Saga Arashiyama, JR Sagano Line, kami boleh melihat kedai-kedai menjual pelbagai barangan. Arashiyama ini hanyalah sebuah pekan kecil saja. Macam pekan koboi. Sunyi, tenang dan tidak sibuk seperti di Tokyo.
yang Faizul pegang tu pisang kaki |
Dari stesen Saga Arashiyama hanya mengambi masa 10 minit untuk kami sampai ke pintu jalan utama masuk ke hutan buluh.
Jepun memang terkenal dengan temple dan shrine, tak ketinggalan juga di sini. Ketika berjalan ke arah pintu masuk hutan, kami singgah dahulu di Kuil Tenryu-ji. Tapi bagi aku tak masuk pun tak apa kuil ini kalau banyak masa pergiah sekejap jenguk. Senibina dan susun atur sama saja.

telaga itu ada air, tempat dorang basuh muka |
Ini tempat beribadat dorang tak ingat apa entah dalam itu. Siap ada loceng besar lagi, kalau diketuk memang berdengung tinga... gitew.
entah apa yg faizul citer kat amer dan lukman tu |
Sejuk dan nyaman bila berjalan di sini. Baru kami tahu mengapa suasana di sini sunyi sebab sebelum sampai di pintu masuk hutan buluh ini ialah kawasan tanah perkuburan. Lupakan seketika perkuburan itu.
Kami berjalan melintasi taman Tenryuji, kemudian keluar, dan kami boleh melihat tempat ini. Arashiyama memang sentiasa ramai pengunjung, next time kalau ke sini pastikan awal pagi. Gambar jangan cakaplah memang susah nak amik yang sempurna memang kena photo bomb. Secara jujur, disini hanya ada lorong hutan buluh lebih kurang 500 meter untuk sampai ke penghujung hutan buluh ini. Masuk disini adalah percuma.

Selama berabad-abad, buluh memang sinonim dengan ciri taman Jepun. Buluh juga telah digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti bakul, kotak, cawan dan tikar. Cantik dan praktikal. Ingat semasa melawat Guilin, China, di China seluar untuk lelaki dan kasut juga dibuat dari sumber buluh. Memang banyak betul hasil yang boleh didapati dari buluh ini rupanya.
ramaikah orang |
tak boleh nak elak kena juga photobomb! |
Di penghujung lorong hutan buluh ini rupanya ada satu taman yang pemandangan yang cantik dan menakjubkan. Sebelum itu kami solat dahulu di taman ini. Ya sudah lama menahan wudhuk di tempat ini kami bersolat. Setelah persiapan untuk menunaikan solat siap kami bersolat berjemaah disini. Macam solat kat dalam dusun rasanya... ehehehe
bumi Allah luas, ini antara pengalaman kami semasa travel-manis |
Setelah solat kami meneruskan lagi menjelajah Arashiyama Bamboo Forest ini. Rupanya ada sungai yang mengalir tenang dan kelihatan bot kecil membawa penumpang disitu. Memang sesuai untuk melepaskan penat dan lelah sekaligus menghilangkan stress. Jom tengok gambar ini, musim autumn memang cantik dan seronok berkelah dibawah pohon yang daunnya berwarna-warni mencantikkan suasana. Memang auranya bagus.
Jambatan Togetsukyo dan kawasan sekitarnya adalah salah satu simbol ikonik di Arashiyama Bamboo. Maksud Togetsukyo ialah "jambatan melintasi bulan" dibina semasa era Heian tetapi dipulihkan pada tahun 1930an. Bila kita berada diatas jambatan ini sungai ini terbahagi kepada dua arah yang berbeza. Di sebelah baratnya adalah Sungai Hozu dan di sebelah timurnya adalah Sungai Katsura.
Kami singgah juga di Kimono Forest Arashiyama, di Komono Forest ini terdapat koleksi tiang berbentuk silinder cantik yang dibingkai di lorong laluan Keifuku Arashiyama. Setiap tiang ini tingginya 2 meter ditutup dengan serat akrilik. Tekstil Kyo-yuzen ini telah disediakan oleh Kamedatomi iaitu sebuah kilang tekstil lama yang bermula dari sejarah zaman Taisho. Corak pada kimono ini kebanyakkannya warna terang. Menurut informasi disini setiap corak tekstil kimono dipilih oleh Yasumichi Morita, artis projek ini. Idea asal pemasangan ini adalah untuk "memberikan udara segar ke stesen sementara masih mengekalkan tradisi lama".
Terdapat sejumlah 32 corak tekstil yang berbeza dipaparkan. Berjalan melalui lorong kimono ini kita akan menemui sebuah kolam kecil yang dipanggil Ryu no Atago. Ryu no Atago adalah tempat tenaga Stesen Arashiyama. Ada juga orang berdoa di kolam kecil Ryu no Atago ini untuk mencapai matlamat yang dihajati.
(ii) Fushimi Inari Shrine
Disini ada kedai makan halal ada jual mee soba kalau nak rasa bolehlah. Yuba & Cheese disini pun sedap.
Kami singgah juga di Kimono Forest Arashiyama, di Komono Forest ini terdapat koleksi tiang berbentuk silinder cantik yang dibingkai di lorong laluan Keifuku Arashiyama. Setiap tiang ini tingginya 2 meter ditutup dengan serat akrilik. Tekstil Kyo-yuzen ini telah disediakan oleh Kamedatomi iaitu sebuah kilang tekstil lama yang bermula dari sejarah zaman Taisho. Corak pada kimono ini kebanyakkannya warna terang. Menurut informasi disini setiap corak tekstil kimono dipilih oleh Yasumichi Morita, artis projek ini. Idea asal pemasangan ini adalah untuk "memberikan udara segar ke stesen sementara masih mengekalkan tradisi lama".
Terdapat sejumlah 32 corak tekstil yang berbeza dipaparkan. Berjalan melalui lorong kimono ini kita akan menemui sebuah kolam kecil yang dipanggil Ryu no Atago. Ryu no Atago adalah tempat tenaga Stesen Arashiyama. Ada juga orang berdoa di kolam kecil Ryu no Atago ini untuk mencapai matlamat yang dihajati.
(ii) Fushimi Inari Shrine
Setelah selesai explore disini kami terus ke Fushimi Inari Shrine lagi satu tempat yang menarik di Kyoto ini. Fushimi Inari Shrine terkenal dengan torii. Torii ini bermaksud burung yang berasal dari syurga. Torii ini adalah pintu masuk tradisional Jepun yang biasa ditemui di pintu masuk kuil Shinto, dimana secara simboliknya menandakan peralihan dari yang tidak baik kepada yang suci.
Senbon Torii adalah tiang seribu yang membariskan beribu-ribu torii di sepanjang laluan di dalam Fushimi Inari ini. Setiap Torii disumbangkan oleh ahli perniagaan Jepun. Memang ada tertulis nama syarikat disetiap tiang.
Fushimi Inari Shrine |
Selesai sudah dua tempat kami lawati dalam masa sehari. Letih memang letih tapi seronok dapat pengalaman baru. Arigatou Faizul sudi bawa kami berjalan-jalan.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya