Subscribe Us

Pandora

Assalamualaikum,

Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah dan rezeki
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Temukanlah jodoh buat yang masih belum bertemu jodoh
Kirimkanlah jodoh yang boleh menjadi sahabat dunia dan akhirat
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...

Masa pertama kali aku dapat hadiah Pandora, aku tertanya-tanya apalah Pandora ini sebenarnya. Rupanya Pandora ini jenama barangan kemas. Bagi mereka yang feminin aku rasa memang boleh gila tengok design Pandora ini. Memang cantik dan exclusive. Harganya pun boleh tahan mahal bukan boleh tahan murah ya...
Cerita Di Belakang Hadiah...

Betullah, jika kita suka sesuatu yang unik dan suka menjadikan sesuatu itu kenangan, Pandora adalah salah satu idea yang hebat dan antara hadiah yang akan diingati sepanjang masa.

Gelang Pandora itulah Pandora pertama yang aku miliki. Hadiah itu pemberian dari Kak Linda officemate aku. Yang kelakarnya dia yang berpindah ke bahagian lain tapi aku yang dapat hadiah dari dia...Thanks Allah! Alhamdullilah rezeki kan... antara rezeki yang baik adalah mendapat sahabat yang baik jugakan :-)

Dari gelang sekarang ini aku sudah mula berkenan dengan cincin pula. Terbelilah juga sebentuk cincin Pandora, aku rasa aku sudah mula menjadi peminat Pandora. Jatuh cinta berkali-kali...ihiks... Pandora aku ini jenis sterling silver 925. Tengoklah gelang aku masih togel lagi takde lagi charms. Insha Allah ada rezeki nanti aku nak beli charms untuk serikan gelang tu...
gelang dan cincin Pandora - Sterling Silver 925
Sebenarnya kita boleh abadikan memori dengan charms itu. Kalau pangkal nama kita mula dari A, boleh cari charms yang alphabet A. Memang terpesona dengan designnya.
Hasil carian imej untuk charms pandora A
Aku teringin nak charms crown ini tapi bila tengok harganya....hmmmm bertabalah menabung.
Hasil carian imej untuk charms pandora
Manis saja bila dikenakan bracelet and charms crown tu...
Bagi peminat kipas mati Harry Potter, kita boleh susun charms Harry Potter di gelang. Tengok contoh di gambar ini. Cantikkan itulah keunikkan Pandora.
Hasil carian imej untuk charms pandora harry potter

Ini pula dari pesona Disney...
Pandora Bracelet Silver  Disney Princess Cinderella European Charms  #Pandora #European
Cincinnya cantik dari sterling silver dan nampak gaya mewah...
Jazakallah kak Linda membuka minat aku pada Pandora. Seperti tagline Pandora - Unforgettable Moments. It's true.

Itu sahaja cerita Pandora dan aku.

Catat Ulasan

0 Ulasan