Subscribe Us

Things To Do In Japan : Osaka Castle Dan Dotonbori, Japan

Assalamualaikum,
Kalau sudah sampai di Osaka, sudah tentu tempat wajib yang kita kena melawat ialah Istana Osaka. Jambatan dibelakang itulah lalui utama ke istana dan di sebelah kiri jambatan kita boleh melihat taman tradisional jepun. Nak ke pintu masuk utama ke istana ini kena naik bukit kerana istana ini terletak di atas bukit.
Sebelum masuk ke Istana Osaka, sempat lagi kami makan takoyaki di entrance masuk. Maklumlah turun saja dari flight kami terus check in ke homestay. Mandi dan solat terus ke Istana Osaka ini. Dapatlah kami mengisi perut dengan takoyaki. Makan sebiji saja dah kenyang.
abang takoyaki
Kita posing dulu di lereng bukit Istana Osaka. Ada terasa seperti aura DiRaja bila berada di sini.
Bila kita dapat menatap Istana Osaka, kita akan kagum melihat binaanya. Dinding binaannya bukan sepenuhnya dari batu tapi sebahagiannya dari kayu. Istana ini mempunyai 8 tingkat. Kami tak masuk istana ini hanya bersiar-siar disekitarnya melihat taman tradisional jepun.
depan istana
belakang Istana Osaka
Di sekitar istana ini terdapat juga gerai kecil menjual cenderamata dan makanan. Ada juga busker. Leka juga tengok dorang buat magik.
ramai juga yang suka tengok
Istana Osaka ini mempunyai kawasan yang luas memang sesuai untuk penduduk tempatan dan pelancong untuk melakukan aktiviti seperti berkelah. Kami sempat juga mengambil gambar di sekitar istana maklumlah musim autumn memang banyaklah pokok-pokok yang daunnya berwarna-warni.
lepak dulu penat berjalan
Selesai sudah melihat pemandangan dan istana. Kami bercadang pula ke destinasi seterusnya, salah satu tempat yang popular juga di Osaka ini iaitu Dotonbori untuk melihat Glico.
jom ke Dotonbori
Bagi aku kalau nak ke Dotonbori ini pergilah di waktu malam. Malam hari di Dotonbori ini penuh dengan cahaya lampu yang berwarna-warni. Tarikan utama disini ialah papan iklan lelaki yang terkenal iaitu Glico. 
Glico itu adalah gula-gula traditional di Jepun, papan iklan itu memaparkan pelari yang melintasi garisan penamat jika memakan gula-gula tersebut. Itulah cerita disebalik Glico Running Man sehingga menjadi salah satu mercu tanda yang paling ikonik di Osaka. Di sini kita boleh melihat billboard yang terang-benderang dan cahaya dari lampu itu kita boleh melihat Terusan Dotonbori yang sudah berusia 80 tahun. 
me and Glico
Hari sudah malam, waktu untuk berangkat pulang dan mencari makan malam. Kena berjalan lagi lenguhlah kaki... ehehe
ANEKDOT:
Terima kasih kepada Shafiq dari Japan Travel Crafters sebagai tour guide kami.

Catat Ulasan

0 Ulasan