Assalamualaikum...
Konichiwa!
Chak🍁
|
Cer perhati siap boleh selfie lagi 😁 |
Nara Deer Park bagi aku seperti sebuah perkampungan shaolin macam cerita Avatar The Legend Of Aang di sini boleh dilihat banyak shiren, pagoda dan taman yang sudah tentu berkonsep Jepun. Macam biasa travel di Jepun ini kalau nak rasa nikmatnya mestilah kena buat aktiviti berjalan kaki, naik turun bukit dan train. Nasib baik pergi masa musim autumn taklah berpeluh ketiak. Cuaca pun nyaman saja.
Tempat ini pintu masuk ke Nara Park....
Ini Kofukuji Temple diantara salah satu gate untuk ke Nara Park. Kami bermula dari sini sebelum walking distance ke Todai-ji Temple dan Nara Park. Landskap di sini berkonsepkan taman Jepun, tenang, bersih dan cantik. Udara memang segar muka pun berseri 😊
|
Kofukuji Temple |
|
Sedang beraksi 😄 |
Di Jepun ini banyak temple. Bosan. Antara temple yang sangat popular di Nara Deer Park ini ialah Todai-ji Temple. Kami ambil gambar saja di hadapan pintu Todai-ji Temple saja tak masuk dalam temple, pening wehh...ehehehe
Ini pintu kayu kuno Todai-ji Temple, memang dari kayu pokok tua. Nampak klasik.
|
sempat lagi rusa tu makan |
Dah siap bergambar, kami terus saja ke Nara Park pula. Tarikan utama di Nara Park ini adalah penduduk teramainya ialah RUSA. hahaha. Bagi aku kalau nak berkunjung ke Nara Park bolehlah buat half day trip je itu pun dah cukup.
Keselamatan diutamakan di sini ya... hati-hati!
Jom kita explore Nara Deer Park sambil melihat gelagat si RUSA yang menghiburkan!
|
Dah jadi perkampungan rusa kat sini |
Sampai saja di taman ini kita akan disambut oleh ribuan rusa. Rusa di sini bebas berkeliaran, tunduk bila berjumpa dengan pengunjung dan pandai melintas jalan tuu... kira rusa kat sini memang ikut cara hidup orang Jepun yang beradab lagi bersopan santun gitu.
|
Bow jangan tak bow... |
Tapi bila kita involve dengan haiwan ni still kena juga jaga keselamatan. Rusa-rusa ini bila dah terbau biskut makanan rusa memang kena kejarlah kita. Serious aku tak berani nak pegang rusa itu cuma tengok je jauh-jauh. Takut juga kena tanduk... haha
|
Kak Siti kena kejar dengan rusa 😁 tersenyum je Omar... guardian angel tu |
|
tu dia dah nampak dah makanan dia |
|
Motif apa bergaduh ni tak taulah |
Ubi rebus warna ungu ini boleh cuba sedap, makan masa panas-panas lagi best. Ini antara street food yang kita boleh cuba.
|
muka serious rebus ubi je kot |
Sambil makan ubi rebus kami pun lepak di taman sekitar sini. Ramai juga budak sekolah buat rombongan dan rupanya dorang ini ambil gambar kelas sekali. Taklah macam sekolah kat Malaysia photoshoot dalam sekolah jerr dorang siap photoshoot kat taman lagi.
|
Leka tengok budak sekolah ambil gambar kelas |
Bagi aku kalau nak ke Nara Deer Park ini better pergi musim panas sikit kalau musim sejuk berbau najis rusa ni kuat juga 😷. Bertabahlah.
Sebelum balik ke Osaka, kami singgah dikedai berhampiran Kintetsu Nara station yang menjual barang cenderamata dan makanan. Di sini juga ada daiso. Biasalah perempuan kalau dapat shopping seronok ❤
|
Putri tengah cari mak nak minta belanja 😆 |
Hari pun dah mula gelap dan sejuk, masa untuk pulang. Tapi kami sempat singgah di Hard Rock Cafe Osaka nak bergambar...ehehe
Terima kasih Omar dari Japan Travel Crafters bawak kami jalan-jalan, macam biasa amik gambar lagi kat station Chibune.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya