Sakit gigi. Tak ada siapa pun yang suka kan. Tahun 2019, dua batang gigi aku hilang. Doktor boleh cabut 2 batang gigi itu di hari yang sama. Macam seronok jerr Doktor gigi tu buat keje (gurau je Doktor).
Tapi lepas kena cabut gigi tu, lega sangat rasa. Kalau tak berdenyut sampai ke kepala di punya sakit. Sebenarnya penjagaan dalam mulut ini sangatlah penting.
Kalau kita menjaga kebersihan oral dengan baik mulut yang berbau busuk pun hilang, gravitis dan plak gigi pun susah nak membiak. Satu lagi penjagaan yang penting adalah kebersihan lidah.
Ini contoh alat untuk membersih lidah.
Satu benda yang aku perasan sejak aku amalkan bersihkan lidah setiap 2x sehari ini, dah kurang batuk dan sakit tekak. Plak di gigi pun terkawal.
Jika ada yang sakit gusi dan gigi berkumurlah dengan Oradex. Memang berkesan. Hilang denyut kalau sakit gusi. Bagi aku Oradex ni memang sesuai sangat dengan aku. Aku selalu beli yang warna biru ini. Oradex ini ada 4 warna ikut keperluan. Apa yang penting Oradex ini antibakteria.
Dan yang paling penting sekali dalam penjagaan oral ini ialah berus gigi dengan berus yang lembut. Jangan gunakan berus yang keras kerana boleh menyebabkan gigi terhakis. Seeloknya beruslah 2x sehari supaya bakteria boleh dikawal dan dihapuskan.
Selamat menjaga kebersihan oral semoga mendapat kesihatan yang lebih baik. Tidak hairanlah bila kita sakit doktor akan tengok lidah sebab disitu pun doktor boleh tahu tahap kesihatan kita. 😉
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya