Assalamualaikum,
Haneul Park, November 2018 |
Haenul itu bermaksud "Langit", dari sini kita boleh melihat antara tanah yang ditumbuhi lalang warna keemasan dan langit yang sentiasa membiru. Bila keadaan dua kombinasi ini terjadi menjadikan memandangan dimata sangat indah dengan warna alam disini. Dari tempat pembuangan sampah, kerajaan Korea membangunkan kawasan ini menjadi taman ekological yang sangat indah. Syabas kepada kerajaan Korea dengan idea sebegini boleh dijadikan contoh untuk negara luar lain.
Musim Luruh dan Keemasan |
Disini juga terdapat kincir angin yang berpusing dengan manja dan tenang di celah-celah lalang yang berwarna keemasan. Tidak semua tempat dikawasan ini mempunyai kincir angin hanya terdapat 5 buah saja kincir angin.
Haneul Park memang kawasan yang sangat sesuai untuk buat photoshoot, memang cantik! Bagi yang berminat untuk berposing jangan ketinggalan potraitkan momen indah disini 😊
Bagi yang datang secara sendirian tidak menggunakan tours guide boleh melihat matahari terbenam (sunset) disini sungguh indah. Tambah-tambah masa musim luruh. Cubalah untuk merasai pengalaman tersebut. Bagi kami tidak berkesempatan untuk melihat sunset kerana mengejar masa ke lokasi seterusnya.
Haneul Park diantara tempat yang wajib kena lawat bila anda berada di Seoul. Tempat yang tenang cantik untuk melihat bandar Seoul di kawasan paling tinggi. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
View Point |
Terima kasih kepada tours guide kami Haziq dari krtorguidemy bawa kami jalan-jalan.
0 Ulasan
komen yang molek-molek saja ya