Subscribe Us

Things To Do In Seoul : Ewha Womans University, Seoul

Ini antara universiti yang memang aku nak sangat jejakan kaki. Banyak yang canang cerita unversiti ini adalah salah satu universiti yang tercantik di Seoul. Dulu universiti ini merupakan sekolah perempuan pertama di Korea. Sekarang telah dinaik taraf sebagai Ewha Woman University hanya untuk perempuan sahaja. Untuk jejaka maaflah dapat tengok view sajalah disini ya!
Tempat ini namanya "Campus Valley" kalau berkunjung ke sini wajib bergambar disini... 

Ewha Womans University ini mempunyai reka bentuk bangunan yang unik. Susun atur bangunan yang sistematik amat sesuai bagi pelajar menjalankan aktiviti dalam keadaan yang relaks dan harmoni. Jadi boleh kurangkan stress lorr. Konsep moden yang diterapkan terutamanya dari segi landskaps dan dekorasi bangunan pasti dapat menarik ramai pengunjung untuk melihat sekitar universiti ini.
Dapat juga kami bergambar di atas tangga berlatarbelakangkan salah satu fakulti. Tetiba teringat pepatah melayu "Usaha Tangga Kejayaan" (ya, memang dah kena pijak pun tangga tu)...hahaha.
Bila sudah berada disini automatik ada satu perasaan yang hadir. Ya, perasaan nak register masuk universiti ini. Memang tak boleh blah! ekekeke. Tak mengapalah tinggalkan saja perasaan itu disitu, mari kita lawat sekitar kawasan universiti dengan photo shoot yang memang the boom!
Musim luruh di sini memang cantik. Suka, suka, suka kalu photoshoot memang cantik.
Keluar sahaja dari pintu universiti, memang boleh jalan cuci mata dan bershoping kerana terdapat banyak kedai di sini antaranya kedai menjual stokin, make up, skincare, baju, kasut dan streetfood pun ada. Oleh kerana kedai disini berdekatan dengan universiti so harga barangnya pun sudah tentu harga pelajar. Memang heaven kepada kaki shopping. Giteww!

ANEKDOT
Kakak aku dah tak larat nak ronda-ronda kedai di Ewha Universiti ni... duduk sekejap melepaskan lelah sementara menunggu yang lain habis bershoping. Sejuk tu time ni dah mula nak gelap.

Catat Ulasan

0 Ulasan